Posts

Showing posts from November 22, 2009

Belasungkawa buat arwah Kak Nora....

Mendapat sms dari Fu pada jam 9.21 minit malam, membuat saya tersentak seketika. Masa mencemburui Kak Nora lalu menjemputnya pulang pada Allah Maha Pencipta. Walaupun singkat mengenali arwah, tapi saya amat kagum dengan wanita itu. Kesungguhan dalam memperjuangkan hak-hak pekerja adalah bukan kepalang. Sikap gigihnya membawa banyak angin perubahan terhadap kesatuan sekerja. Lebih sedih apabila saya difahamkan Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan ICT itu meninggal dunia akibat sakit yang tidak dapat dikesan oleh dunia perubatan moden. Malah pakar perubatan juga kelu. Cakap-cakap, arwah terkena buatan khianat manusia yang berhasad dengki. Kalaulah, cakap-cakap itu betul, betapa kejamnya manusia yang laknat itu. Dunia ini pinjaman sementara. Betapa Allah menjadikan pentas ini sebaik-baiknya. Dunia tua akibat manusia salah mewarnakannya. Membiarkan kebencian melebihi segala, membiar nafsu menjadi raja, lalu tanpa rasa berdosa sanggup berkhianat hingga membawa kepada sebuah kematian. ...