Katarsis...

" Ahlan Ya Ramadhan, Kau datang jua menemuiku yang kerdil ini. Semoga bertemu lagi hingga ke akhir hayatku nanti"... "Salam Ramadhan Al-Mubarak"


10 Ogos
*Saya amat cemas apabila rakan sekerja Hj Arifin tidak sedarkan diri semasa perhimpunan pagi. Saya dan rakan-rakan lain bergegas ke DEMC. Rasa bersyukur semasa menjadi orang pertama dapat melawat dan bercakap dengan Haji Arifin dengan keadaan beliau semakin stabil. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik. Amin.

*Selamat Hari Jadi buat little bro Ahmad Afiq. Semoga kamu merintis jalan hidup yang baik dan terus mendapat kasih sayang Allah (S.W.T). "LEO RULES"

*Saya menerima panggilan dari teman di Labuan, saudari Masdayana, teman lama yang sekarang ini tengah menuju kejayaan dalam hidup. Teruja apabila mendengar bingkisan kejayaan teman. Saya pun mempunyai impian yang sama!!!

*Hati sangat gembira apabila 11 Ogos bersamaan Rabu disahkan hari berpuasa untuk umat Islam. Rasa girang lahir dari hati yang tulus. Bersyukur diberi kesempatan pada kali ini untuk terus bersua dengan Ramadhan. Saya dan sahabat bersama-sama menunaikan solat terawih bagi malam pembuka. Amin... umpama satu katarsis

11 Ogos
*Hari pertama berpuasa, bersahur jam 4.45 pagi. Berbekalkan ayam goreng dan telur itu sudah memadai. Rasanya sudah 2 hari tidak makan nasi.

*Saya tersentak seketika apabila mendengar pengkhabaran yang Hazrin baru saja pulang ke rahmatullah pada jam 3 lebih pagi tadi akibat kemalangan jalan raya di Teluk Intan. Rakan maya saya baru berusia 20 tahun. Baru minggu lepas kami berborak di internet mengenai dunia perniagaan dan sosial. Saya sempat berseloroh dengan arwah yang arwah akan mati dalam usia muda. Saya masih terkasima. Arwah Hazrin meninggal di pertama Ramadhan. Ini adalah hikmah dan kasih sayang Allah... DIA maha mengetahui........ AL-Fatihah

Comments

en_me said…
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz