Wednesday, July 30, 2008

Sekitar Perlawanan Chelsea dan Malaysia







Lama tidak menulis dek kesibukan. Huh..hujung minggu pun dipenuhi dengan jadual yang padat. Malam semalam, saya bertugas di perlawanan Chelsea dan Malaysia. Rasa teruja bila bintang2 terkenal Chelsea mengambil tempat, apatah lagi saya dapat menyaksikan perlawanan dalam “view” yang baik. Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah DYMM Sultan Selangor, KYDMM Sultan Pahang, TYT Terengganu dan hadir sama ialah SUK Selangor, Menteri Belia dan Sukan dan dif-dif kehormat yang lain.

Tiada kejutan terjelma ketika kesebelasan negara sekadar berjaya mengekalkan kekalahan kepada angka layak dihormati apabila kecundang 0-2 kepada gergasi bola sepak Inggeris, Chelsea dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam.

Kegigihan memang nampak, ketika jurang dan beza bagaimanapun tampak ketara untuk kelab naib juara Liga Perdana Inggeris itu mudah melengkapkan misi melakar kemenangan ketiga sebagai menutup rekod sempurna jelajah Asia mereka.