Posts

Showing posts from July, 2011

Dari jendela hati saya....

Bila Julai bertandang, maka Jun pergi jauh-jauh.. mengusir perkara yang tidak enak bukanlah sesuatu yang mudah! saya kira Jun yang lalu ada suka duka, saya dapat melepaskan rindu pada bonda tercinta, merasai pengalaman hebat dengan persembahan Magical Musicals di Sunway Lagoon, menonton Sound of Musics di Plenary Hall, KLCC dan Jun juga saya dimalukan oleh sang sial tanpa rasa berdosa... Hari ini 18 Julai.. rasa penat 16 dan 17 Julai semalam sempena Koir Selangor Shines masih lagi terasa. Saya biarkan penat itu terbang di bawa angin kering.. saya rasa bersyukur kerana dapat melunaskan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Biarpun ada yang "menyalak" dengan beberapa perkara yang bukannya bidang saya, saya terima dengan terbuka. Biarkan "salakan" itu akan megiringi semua keturunannya. Saya melalui minggu kedua Julai baru-baru ini dengan hati yang sangat remuk dan emosi yang terganggu. Terasa diri terlalu bodoh kerana gagal berulang kali dengan perkara