Posts

Showing posts from December, 2010

Yeah!! Malaysia is the best.....

Congratulations to the football team Malaysia for creating a new history. I am also proud of the success. What is most important, the people of malaysia should always be patriotic to our country. He,..he 5 star to Khairul Fahmi, Safie Sali & Khairul Idlan Talha..... yeahhh.. Malaysia is the best...

Afal dan Akwal....

Pantas waktu berlari, tidak sampai 2 minggu lagi sisa-sisa 2010 akan berlalu meninggalkan kita. Maka bertambahlah setahun usia. Orang kata, umur sekadar angka.. soalnya sejauh mana kita berjaya merasai nikmat hidup dan meraih bahagia dalam likungan hidup sebelum ini. Ada yang lebih penting, soalnya lagi.. sejauh mana sisa hidup ini kita dambakan pada Pencipta? Setiap orang ada bahagian masing-masing, ada hidupnya mewah, kaya, dilahirkan dalam sudu emas, ada yang harus berusaha kuat, bersungguh-sungguh mencari rezeki, keluar seawal pagi.. itulah bahagian dan nasib masing-masing. Ada yang berharta tetapi jiwanya resah, ada yang miskin tapi hatinya lapang. Perencanaan Tuhan adalah sebaiknya untuk kita, tak semua benda yang kita inginkan kita akan dapat, ada hikmah yang sengaja disembunyikan untuk kita bermuhasabah. Dalam apa jua keadaan pun, kita harus tabah dan terus bersyukur, jangan biarkan rasa cinta pada Allah menjadi goyah. Setiap hari kita disoroti oleh pelbagai berita yang adakala

Cuti-Cuti di PD

Lewat November lalu.. saya bersama kawan2 cuti2 di PD.. 3 Hari 2 Malam kami lepak di Chorus Paradise Hotel. Uhhh, time cuti skula agak ramai yang bertandang. Terima dengan hati yang lapang.. Menikmati makanan laut sebagai menu makan malam agak mengujakan. Suam-suam sedap, bolehlaaa dari kelaparan... my fren ZK dan Azah nampak berselera. Kami juga teruskan agenda dengan program jalan-jalan waktu malam disekitar PD.. Meneruskan hari kedua dengan aktivti yang agak mencabar, banana boat .. huhu... besh dan gila2.. ZK hampir lemas!!! saya sendiri kepenatan akibat dicampak ditengah laut. Nasib baik ada jaket keselamatan. Menikmati makanan tengah hari yang tidak sedap kami teruskan dengan bermain bowling di bandar PD.. bolehlaaa.... sekdar menang tempat ke 3... janji gangsa.. huaha.. buat Azah, berusaha dengan lebih gigih lagi yaa!!! Sisa-sisa malam dihabiskan dengan akitiviti karoeke .. agak enjoy !!! uhaaa semua menunjukkan bakat. Saya rasa mual dan jijik apabila melihat ramai anak muda M