Posts

Showing posts from May 13, 2008

Skuter ku sudah merajuk...

Selepas solat Subuh pagi tadi, hati ni teringin sangat nak pegi keje ngan skuter.. malas nak drive pagi ni. huh.. so dalam 7.15 tadi terus hidupkan engine skuter.. dahler pagi2 susah nak idup..sepanjang ni pun memang start pakai manual... minyak memang full tank, 2t memang ada.. n rasa ok la suma... dengan penuh slamber..ditemani angin pagi yang lesu dan kesibukan bulatan sek 2/UiTM... rasa macam ada yang tak kena.... my skuter mati secara tiba2 masa tengah ride.... alamak........camaner ni????? dah ler aku ni nampak jer cool tapi kadang2 gelabah teruk... alahai malang betui nasib pagi ni..terpaksala menolak skuter..jauh lak tu.. baju keje memang dah lencun.. teringat jalan short cut kat Kolej Jati... ya Allah memang sangat meletihkan.. sabar jelah Fahmee. Lega.. akhirnya aku sampai gak umah.. parking moto+tukar baju+amek kunci keter+kenala drive gak hari ni.. kat office pun bukan senang nak dapat parking.. ye la kete saban hari makin banyak wooo.... pagi2 lagi aku received call dari k...

Keberangkatan D.Y.M.M Sultan Selangor di Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Pringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah (S.W.T), dengan limpah taufik dan inayahNya,Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Selangor telah pun berlabuh tirainya bagi tahun 1429 Hijriah bersamaan 2008 Masehi. Majlis penutupan ini sungguh bermakna apabila D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan berangkat hadir. Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor dan dif-dif kehormat yang lain. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan In Team dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari dan Qariah. "....dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan kamu berpecah belah sesama kamu"- Al Imran ayat 103