Posts

Showing posts from 2012

Selamat tinggal MERLIN

Image
Saya sungguh menyukai drama MERLIN! Drama fantasi ini sangat kena dengan jiwa saya. Dari musim pertama sehingga ke musim yang terakhir iaitu ke 5, bermakna 5 tahun juga saya begitu setia dengan MERLIN. Literalnya, ia dalah sebuah drama berorientasikan sifat kemanusian dan persahabatan. MERLIN membariskan bintang-bintang seperti Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James sebagai Prince Arthur, Anthony Head sebagai Raja Uther, Richard Wilson sebagai Gaius, Katie McGrath sebagai Morgana dan Angel Coulby sebagai Gwen. Pada hemat saya,  Merlin adalah satu imaginatif yang diadaptasi dari naskah legenda yang megujakan. Kita akan mengenali beberapa watak yang berbeza melalui drama ini. Apa-apa pun, akar kepada drama ini ialah Merlin itu sendiri.  Dia ialah pemuda yang mempunyai kuasa magis yang hebat. Namun ia harus menjadi rahsia agung. Prince Arthur pula dikenali dengan sikapnya yang bodoh sombong, egoistik dan keras kepala tetapi di sebalik sikap buruknya itu, dia juga mempuy

Antara aku dan kek!

Image
  Entri kali ini ialah pasal kek! Cuma aku nak katakan yang aku amat suka kek... biarlah orang nak kata apa pun.. aku tak heran sebab yang belinya menggunakan duit aku dan yang makanya adalah diri aku. Hehe! Keterujaan pada kek menyebabkan aku jadi berisi secara tiba-tiba. Berpenat lelah di pusat gymnasium Celebrity Fitness juga adalah sia-sia. Akhirnya aku memilih untuk menamatkan kontrak di CF Subang Prade. Kek menjadikan aku bahagia dan melupakan masalah buat seketika, Menikmati rasa sedap dan manisnya menyebabkan aku begitu gembira. Apatah lagi kalau kek itu pelik ia akan menambahkan rasa teruja. Kek yang cantik tidak semestinya sedap yea! Hye si manis O la Br ata , dirimu amat mengujakan!

Sisipan di Singapore....

Image
Alhamdulillah, ini kali kedua sepanjang tahun 2012 saya berpeluang ke Singapore! Melihat Singapore sebagai sebuah negara kecil tetapi sangat hebat! Malah warganya juga berjiwa besar. Apa2 pun saya gembira dan teruja....  

Lamanya tak berblog!!!

Aduyai sangat lama x berblog! Mungkin saya lebih suka untuk bermuka buku?? sebenarnya faktor masa. Ada hal-hal yang boleh kita kongsi dengan orang, dan ada hal-hal yang harus kita tutup kejap dan menjadi rahsia diri. Berblog kadang-kadang memugar paradigma, dan kadang2 tiada apa yang hendak dikata. Kosong, kelu dan "kejong", menggunakan bahasa Kelatan. Untuk tatapan, saya tinggalkan kata2 ini.... "Hidup kita biarlah bertujuan..."

Today My Birthday!!!

Image
9 August - Thursday Today is my birthday..... "The thing about turning the "number" is that you are looking your life right in the eye. Fahmee.. you are still young, but you are too old to kid yourself. It is when you know what you have made of your life"... There were things I would have liked more of, and things I would have like less of. More money. Less weight. More buddies. Fewer strangers. More hair. Less work...Hahaha... Can I? Anyhow, thank you very2 much for those wished me my birthday. Through my life, my mum had done so many things to me! I loved you so much bonda! To my buddies… thank you very2 much because always in my side either happy or sadness… to “dia”..tq very2 much and do trust me that I appreciated you.. Dear Allah...Thank you Allah for everything you gave me, for everything you didn’t give me, for everything you protected me from that which I know and that which I’m not even aware of, thank you for blessings that I didn’

MERANTI dihatiku!

Image
Lewat 4 Ogos yang lalu.... saya dan kawan2 lama sempat iftar bersama! Hari sabtu yang sangat indah. Terasa lama sungguh tidak bersua dengan kawan2 seperjuangan di Kolej Meranti UiTM. Yang penting juga, saya adalah mantan Yang Dipertua Perwakilan Kolej, dan antara wakil pelajar yang sangat lama! hehe! Masa yang berlari dengan pantas telah mendewasakan kami, ada yang sudah berumah tangga, punyai anak dan kerjaya yang bagus. Sungguh hebat perancangan Allah buat saya dan rakan-rakan. Walaupun tidak ramai yang dapat berkumpul tetapi ia cukup meriah untuk kami berkongsi cerita dan gosip terkini. Hahah, gosip2 lama pun dibongkar jua...kami manfaatkan masa yang singkat itu dengan sebaiknya! Semoga ALLAH mempertemukan kami lagi. InsyaAllah... 

Dari tirai Ramadhan...

Image
Ramadhan datang lagi... terima kasih Allah kerana memberi kesempatan padaku untuk bertemu dengan bulan yang penuh kemulian. Terasa diri ini sangat kerdil.. sungguh kecil. Aku bersimpuh kepadamu agar aku dapat melalui Ramadhan ini dengan sebaiknya. Perkayakanlah nikmatmu kepada aku dan seluruh umat Islam. Hati berlapang dada kerana hari pertama Ramadhan dapat dilalui bersama-sama dengan bonda tercinta. Walaupun bonda uzur, faktor diri dimamah alam, sedang pula menanggung ujian Tuhan dengan kesakitan yang membelenggu.. namun wajah tua bonda masih mampu mengukir senyum. Adanya bonda, saya makan dengan selera! Memanfaatkan cuti hampir seminggu di desa rasa amat mendamaikan. Kadang-kadang terkenang dengan masa lalu yang jauh ditinggalkan. Keadaan juga turut berubah. Cuma menjadi sedikit jengkel apabila harga makanan di sini agak mahal berbanding di Shah Alam sendiri..sesetengahnya, Shah Alam jauh lebih murah.. pada hemat saya, segelintir peniaga turut mengambil kesempatan. S

Owwh Julai!

Image
Selamat datang Julai.. hal Mei dan Jun yang meresahkan saya cuba tinggal jauh-jauh. Lewat 1 Julai yang lalu, saya bersama rakan2 seperjuangan  semasa di UiTM ke Manjung Perak. Kami menghadiri majlis perkahwinan seorang teman lama iaitu Inspektor Hasryman. Lama sungguh x bersua! Hampir 5 tahun lebih! Shafiq aka Tedi, Afiq Luqman, Safwan, Walid, Reimy dan Nazrul yang turut hadir. Banyak perkara yang dibualkan.. dalam suasana yang matang dan penuh hemah, masih berselang seli gelak tawa. Is a such nice gathering! Alhamdulillah kami manfaatkan pertemuan pada hari itu dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, saya mengharapkan Julai ini dilalui dengan baik-baik sahaja. Walaupun minggu pertama Julai turut dilalui dengan tekanan yang agak hebat. Saya tetap kuat menempuhnya. Bertabahlah wahai hati! Sungguh lega apabila saya berjaya melunaskan program yang agak besar tahun ni iaitu Pertandingan Koir Selangor Shines Edisi Kebangsaan pada  7 Julai yang lalu.. syukur Ya Allah! Menghadiri konsert

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Image
Semalam saya berkesempatan menonton filem muzikal Hoore Hoore. Sedikit mengenai sinopsis filem ini. Ia mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan popular. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandi

"MAHAKARYA SHAH ALAM"

Image

Filem Chowkit yang merimaskan!

Image
    Sinopsis Chow Kit Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir. Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja. Komentar saya! Sebenarnya saya telah mengikhlaskan hati untuk menjadi penonton yang baik pada filem Chow Kit. Berdasarkan tajuk, kebanyakan warga tau mengenai kawasan yang bernama Chow Kit itu. Teknik perceritaan nya awalnya nampak bagus tetap diolah dengan beberapa hal-hal yan

Hey APRIL!!!

Hye April! ada suka dan duka.... sebuah kehidupan ada turun dan naik. Sedang tawa dan ria datang untuk merapati datang pula duka yang menyergap jiwa.

Fraser Hill...

Image
Hye, lama tak menulis... Semoga yang baik-baik saja untuk kita. Uhh, 3 hari 2 malam di Fraser Hill sesuatu yang bagus untuk merehatkan diri sambil melunaskan tanggungjawab kerja. Im stay at Shahzan Inn..umm just ordinary hotel but still ok.. Kabus yang sejuk, angin yang dingin memang mengujakan tapi saya tak sanggup untuk tinggal lebih lama haha sebabnya kat sana banyak juga makhluk-makhluk yang menggangu... Agak menakutkan dengan gangguan aneh tapi saya usir dengan kalimah ALLAH...

Singapore....

Image
Berpeluang menikmati keindahan Singapore dan UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE sangat mengujakan! pembukaan 2012 yang sangat baik saya kira :)