Thursday, August 7, 2008

Jom makan buah bersama Y.A.B Dato' Menteri Besar

Bertempat di dataran Dewan Undangan Negeri, Pejabat SUK Negeri Selangor telah berlangsung pesta jom makan buah-buahan tempatan bersama Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor. Turut serta ialah Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli (MMKN), S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, dif-dif jemputan, delegasi dari Africa, dan hampir 1000 lebih warga kerja di Bangunan SUK.

Walaupun hujan mula renyai, dek aroma durian, kelazatan manggis, rambutan dan langsat warga kerja tetap bersemangat menikmati buah-buahan tempatan. Huh, saya sendiri kekenyangan dengan buah-buahan tersebut. Memang sedap!!!

Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan pesta buah-buahan tadi. Saya beranggapan, ini merupakan satu langkah positif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengeratkan hubungan Pentabiran Kerajaan Negeri bersama warga kerja. Tahniah!!!