Posts

Showing posts from November, 2009

"Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan"

Semalam saya berkesempatan menghadiri Wacana Kedaulatan Raja – Warisan Yang Mesti Dipertahankan di Dewan Jubli Perak. Majlis yang dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor adalah satu majlis ilmu yang sungguh bermakna dan memberi pengertian yang sangat besar. Tahniah saya ucapkan kepada penganjur. Dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan, baru saya mengerti mengerti hakikat yang selama ini dikaburi dan tidak diberi kefahaman oleh politikus-politikus dan pemerintah. Sewajarnya, saya juga patut menyalahi diri sendiri kerana tidak membiarkan minda ini terus buta ditinggal masa. Penjelasan oleh Y.Bhg. Professor Emeritus Tan Sri Dato' Dr.Khoo Kay Kim, Y.Bhg. Dato' Salehuddin Saidin dan Y.Bhg. Datuk Professor Dr. Ramlah Binti Adam sungguh terkesan dan memugar paradigma. Saya akan berkongsi dengan kalian konklusi wacana di entry yang akan datang. InsyaAllah.

Belasungkawa buat arwah Kak Nora....

Mendapat sms dari Fu pada jam 9.21 minit malam, membuat saya tersentak seketika. Masa mencemburui Kak Nora lalu menjemputnya pulang pada Allah Maha Pencipta. Walaupun singkat mengenali arwah, tapi saya amat kagum dengan wanita itu. Kesungguhan dalam memperjuangkan hak-hak pekerja adalah bukan kepalang. Sikap gigihnya membawa banyak angin perubahan terhadap kesatuan sekerja. Lebih sedih apabila saya difahamkan Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan ICT itu meninggal dunia akibat sakit yang tidak dapat dikesan oleh dunia perubatan moden. Malah pakar perubatan juga kelu. Cakap-cakap, arwah terkena buatan khianat manusia yang berhasad dengki. Kalaulah, cakap-cakap itu betul, betapa kejamnya manusia yang laknat itu. Dunia ini pinjaman sementara. Betapa Allah menjadikan pentas ini sebaik-baiknya. Dunia tua akibat manusia salah mewarnakannya. Membiarkan kebencian melebihi segala, membiar nafsu menjadi raja, lalu tanpa rasa berdosa sanggup berkhianat hingga membawa kepada sebuah kematian.

Bila Kijang menangis lagi...

Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama. Kekecewaan pasukan Cik Siti Wan Kembang diteruskan dengan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula. Pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Zaquan Adha. Kelantan hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin. Lautan merah membanjiri Staduim Nasional kerana 80% para penonton adalah rakyat Negeri Kelantan. Kemeriahan perlawanan tercemar dek kerana sikap tidak cerdik dan tidak matang sesetengah rakyat Kelantan. Sungguh memalukan! Kijang menangis lagi kata seorang Pakcik Tua yang sanggup meredah banjir, cuti 4 hari dari menoreh getah, sem

Salam NOVEMBER

Agak lama saya tak upadate blog. Sangat sibuk dengan kerja-kerja pejabat, tugasan luar dan hal-hal kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Cepat benar masa berlari. Hari ni dah 3 November. Hari ini genap 6 hari di rumah baru.. Adat bujang dan perantauan, pindah randah perkara biasa.. bak kata my bro, pindah randah banyak kali boleh jadi papa kedana.. aduyaiiii. Nauzubillah.. Dalam hati teringin nak ada rumah sendiri. Shah Alam hartanah sangat mahal. Saya ada teringin nak memiliki sebuah apartment yang 90% siap, bila ditanya kembali harganya.. owhh 245k.. tak mampu gua nak membayarnya. InsyaAllah jika ada rezki Alllah dalam hujung tahun ni atau tahun hadapan saya teringin memiliki sekurang-kurangnya sebuah apartment di Shah Alam. Bajet??? biarlah harganya tidak terlalu tinggi, yang mampu dengan saya.. hahaha.. nak membeli rumah?? huh, Shah Alam harga rumah landed house.. semuanya dalam 300k n above......nampaknya kena bermimpi setiap hari agar mimpi jadi realiti... Dalam meneruskan ag