"Leo Rules"
Cepat sungguh masa berlari, saya bertemankan Ogos untuk terus menghirup udara keamanan. Berbekalkan keyakinan diri dan tujuan hidup yang sebenar saya harus bersemangat hingga akhir hayat. Semalam, 9 Ogos bertambahlah lagi usia saya, dengan penuh syukur saya memanjatkan rasa kerdilnya sebagai hamba kepada MAHA PENCIPTA di atas peluang dan kesempatan untuk terus merasai nikmat dan peritnya dunia. DIA MAHA SEGALANYA!!! Saya lemparkan senyuman saya untuk dunia, saya yakin jiwa akan terus muda. Saya juga ingin dedikasikan rasa terima kasih buat bonda tercinta. Bonda tiada galang ganti walau dengan nyawa sendiri.
Saya suka ringkaskan hidup ini, tidak mahu ia menjadi rumit dan melankolik. Apabila hidup penuh dengan krisis pasti ia akan menjeratkan diri dengan konflik. Sebagai manusia, kita harus akur dengan catitan dan kamus hidup yang sememangnya telah tertulis sejak azali. Tidak salah menjadi yang terbaik dan menjadi manusia yang luar biasa.
Setiap orang punyai impian, tak khilaf untuk bermimpi dan sekali-sekala bersikap poyo pun tidak mengapa. Saya berusaha untuk menzahirkan setiap impian saya. Bukan senang nak senang dan amat mudah menjadi susah.
Bila saya teringat mengenai "Leo Rules", ia ada kena mengena dengan saya. Saya jadikan ia sebagai motivasi untuk maju lebih ke hadapan. Saya juga akan menghargai apa jua yang saya ada. Bonda, keluarga, sahabat saya dan teman-teman semua.... itu semua amat bermakna bagi saya. Yang selalu memberi sekali-sekala ingin menjadi penerima......

Comments