Dari Jendela Surabaya....

Saya memanjatkan syukur pada yang Esa kerana program Lintas Budaya di Surabaya telah lunas dengan penuh bermakna. Delagasi Shah Alam seramai 22 orang telah selamat pulang ke Shah Alam pada 25 Julai 2010. Lewat berada di sana kumpulan kami telah membuat dua kali persembahan iaitu di BG Junction Mall bermula jam 4.00 petang waktu Surabaya 23 Julai 2010 dan persembahan kedua bermula jam 8.00 malam waktu Surabaya 24 Julai 2010 di Taman Surya, Balai Kota Surabaya.

Sepanjang di sana, saya sangat teruja kerana dapat mengenali Kota Surabaya secara dekat. Kota yang sangat bingit dan penduduknya yang padat membuat saya sedikit kekok namun saya adalah jenis orang yang cepat menyesuaikan diri. Kami menginap di Hotel Singgasana yang terletak di luar Kota Surabaya. Pilihan yang sangat baik, nyaman dan sangat selesa.

Saya amat cerewet mengenai makanan, teman-teman saya maklum mengenai perihal itu. Di Surabaya saya nampaknya “melantak” apa yang ada tanpa banyak soal. Uhh sedap banget foods dia.. paling tak tahan ikan gerumi goreng tepung. Muka pun bulat macam ikan gerumi. Air dia pun enak dan nyaman, kelapa biji selaseh, teh botol dan segala macam jus yang di improvisasi.. enak sekali. Saya juga bernasib baik kerana perut saya amat selesa dengan foods di sana bagi tempoh hampir seminggu di Surabaya.

Shopping??? Masa yang terhad saya guna dengan bijak. Saya turut membelanjakan hampir RM2K untuk membeli cenderahati buat bonda, diri, keluarga dan teman-teman tercinta. Bila kita membeli di butik, harganya tidaklah terlalu murah. Lebih kurang sama di Malaysia. Saya teruja dengan perkembangan fesyen di sana. Sesetengahnya lebih update dari Malaysia. Uhhh, kalau beli lebih dapat gratis!

Mengenai acara yang berlangsung, saya berpuas hati dengan persembahan dari delegasi sendiri. Buktinya pada persembahan malam terakhir sungguh menghiburkan sehinggakan Bapak Walikota Surabaya begitu seronok dan bertepuk tangan semasa lagu Joget Berhibur didendangkan. Saya juga amat kagum dengan persembahan hebat dari Bengkulu dan Bali. Tarian kontemporari yang dihasilkan amat mengujakan dan penuh dramatik. Saya juga dapat mengambil pelajaran berguna dalam memantapkan lagi skill pengurusan majlis.

Tuntasnya, program Lintas Budaya akan tersemat indah di benak fikir. Saya merasai pengalaman yang sangat bagus untuk menjadi santapan memori. Rasa akrab dan bahang kekeluargaan juga timbul tika itu. Jiwa kerdil saya sememangnya kagum dengan keghairahan rakyat Surabaya mencari rezki bagi sesuap nasi. Saya ambil sikap itu dengan penuh rasa sykur dan insaf. Terima kasih semua!!!

Comments

Anonymous said…
bro..cewek surabaya tarak bawak balik ker?

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz