Posts

Showing posts from July 14, 2009

Hari ini SELASA

Semalam, saya dikhabarkan dengan berita kematian rakan sekerja akibat komplikasi jantung. Sama sekali tidak menyangka kerana lewat 2 minggu lepas semasa saya melawat arwah di HKL, arwah sudah sihat dan dijangka keluar hospital. Tuhan lebih menyayangi, saya bangga kerana sempat mengenali seorang pemuzik yang hebat seperti beliau. Di akhir pertemuan yang lalu, arwah sempat berpesan kepada saya, "En Fahmee, jangan sesekali tewas dan mengalah dengan cabaran yang mendatang, saya tahu En Fahmee seorang ketua yang sangat baik dan diplomatik". Ada genangan titisan di kelopak mata arwah. Masih terngiang-ngiang bicara itu. Hari ini SELASA, jam 8 pagi saya bersama dengan Datuk Bandar dan Pengarah Pengurusan sempat melawat jenazah di Kota Damansara. Saya sempat meyaksikan wajah arwah yang tenang buat kali terakhir. AL-Fatihah untuk arwah Ramlee. Hari ini SELASA, buat pertama kali saya "tewas" dan menerima ajakan rakan sekerja untuk sarapan pagi di Kafe. Biasanya, saya lebih suk...