Friday, August 29, 2008

Doa untuk arwah Shafiq... Al-Fatihah

Semalam ketika Shah Alam masih gerimis, khabar duka dibawa oleh Afiq Luqman... bicara Afiq dalam nada perlahan, teman seperjuangan lewat di Kolej Kediaman Meranti UiTM dulu telah pulang kepada pemilikNya. Shafiq Ali Nopiah anak kelahiran Negeri 9, meninggal akibat kecelakaan jalan raya di Sabah.

Teringat cerita lama, di Kolej Meranti, UiTM... Shafiq dikenali sebagai "geng 4".. saya pernah tersentak Shafiq yang pendiam rupa2 nya penentang saya dalam dunia politik kampus.. Bertindak sebagai perisik Razi Jafar (kini anggota polis) dan Shahrizal Isa (manusia yang payah menerima maaf) saya terima sebagai persaingan yang sangat positif... demi untuk Meranti dan UiTM... saya kekal menjadi Yang Dipertua.. sebab ramai yang tahu kita memang ikhlas untuk berbakti... Shafiq seorang kenalan yang baik, suka membantu dan juga bagus dalam akademik.

Semoga Shafiq tenang di sana..... semoga Khalik yang Esa tempatkan Shafiq dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....