Wednesday, January 2, 2013

Menyingkap tabir 2013

Alhamdulillah, TUHAN masih pinjamkan umur buat aku. Kali ini aku lebih suka untuk menulis secara santai dan mungkin terpaksa langgar bahasa, bermakna penulisan blog aku mungkin aku terdapat caca merba, penggunaan bahasa rojak dan bagai... hurmmm... lebih jujur. Ape2 pun maaf yea! :)

Tahun bertambah maka umo pun bertambah. memang tua dah pun aku. Tahun 2012 yang lalu dilalui dengan baik walaupun di penghujung tahun aku dilanda krisis "relationship" yang sangat hebat! jiwa aku tak kuat unutk berkongsi rasa sedih dan sakit itu. Aku tau, LEO ni sensitif orangnya. Demi ALLAH, aku cuba kuatkan hati dan terus bertabah.. parutnya dalam!

Semua orang berharap yang baik2 saja dalam hidup mereka. Sama seperti aku, mengharapkan yang baik-baik juga. Kita mampu berharap dan merancang tetapi ALLAH adalah perancang yang besar dan hebat.

Kepada DIA yang MENCIPTAKAN.... aku berharap 2013 ada cahaya yang lebih baik. Aku ingin lebih mendekati diri kepada DIA, ingin berusaha menjadi hamba yang taat, anak yang soleh, pekerja yang amanah dan warga yang berjasa. Aku juga ingin punyai zuriat sendiri dan memiliki seorang isteri yang solehaah. Aku ingin menjadi seorang suami yang baik, InsyaAllah. Aku berharap moga rezeki bertambah, moga kesihatan aku walafiat, moga aku berkelana di bumi ini dengan sebaik-baiknya. 

Aku dilahirkan dengan sifat penyanyang, sensitif bertempat dan sifat akrab serta menghargai. Aku juga berharap ALLAH juga sentiasa memurahkan rezeki dan memberi rahmat serta alfiat kepada semua orang-orang yang aku sayangi dan semua umat Islam. Moga ALLAH kasih pada kita semua!