Posts

Showing posts from June 5, 2008

Kenaikan harga minyak, rakyat terjerat!

Kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara. Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung. Pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari. Lazimnya, apabila harga bahan bakar naik, kesan kepada kos kehidupan akan melambung dan inflasi meningkat. Sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan. Negara India yang bukan negara pengeluar minyak hanya menaikkan harga petrol sebanyak 10 peratus hari ini. Kenaikkan harga minyak adalah satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat. Kita dihadiahkan den...