Posts

Showing posts from May 13, 2010

Malam Puisi Riong-Shah Alam lunas akhirnya....

Hujan lewat petang 30 April pada mulanya amat menggusarkan jiwa. Angin petang yang bertiup kencang membuatkan saya sedikit tidak senang duduk. Alhamdulillah tika senja mula melabuh, hujan seakan-akan faham bahawa “Wasilah Cinta Pencipta & Manusia” bakal bermula. Jika dua minggu sudah saya amat sibuk untuk meguruskan hal-hal “hitam putih” dan pengesahan persembahan bagi Malam Puisi Riong-Shah Alam. Akhirnya tarikh 30 April muncul jua. Sedaya upaya saya menggalas tangunggjawab sebagai Pengarah Projek bagi program tersebut dengan sokongan semua pihak. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut beraksi pada malam tersebut bersama Kumpulan Kesenian MBSA dengan membawakan persembahan yang bertajuk “Kerdil Jiwa Hamba”. Kehadiran peminat puisi pada malam itu adalah amat membanggakan kerana lebih dari 1000 orang yang membanjiri Laman Budaya. Para pengunjung terlebih dahulu dihidangkan dengan persembahan video pendek “Sujud” dan dokumentari. Membuka tirai puisi pada malam tersebut ialah...