Posts

Showing posts from February, 2013

Meneroka skytrex!

Image
Lewat 23 Februari yang lalu, saya memenuhi jemputan ke Program TS Day Out-Skytrex yang dianjurkan oleh Tourism Selangor Sdn Bhd. Lebih 30 peserta yang turut menyertai program tersebut di Taman Botani Negara Shah Alam. Terasa nyaman bila kaki menjejaki ke sana di samping dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Kisah saya juga telah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian pada 10 Mac 2013. Terima kasih wartawan Roshlawati. Buat pertama kali saya mencabar diri untuk melakukan aktiviti yang mencabar iaitu Skytrex adventure. Ia adalah aktiviti menempuh halangan di atas udara. Aktiviti ini menguji keberanian kita melawan rasa takut dan gayat. Ini bukan cabaran biasa! Setiap peserta yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan harnest, dua buah caribiner yang diikat pada tali lanyard , pully dan sarung tangan. Sebelum pengembaraan bermula, penerangan dan demonstrasi mengenai cara-cara penggunaan setiap peralatan, soal keselamatan serta langkah-langkah kecemasan a

Aku dan braces!

Hey! hari ni hari ke 5 aku memakai braces. Dalam erti yang lain aku bergigi besi. Memakai braces bukanlah sekadar untuk suka-suka atau berfesyen. Aku imbas balik sejarah lalu. Sememangnya niat untuk memakai braces ialah bermula dari sekolah menengah lagi. Memandangkan hospital kerajaan terpaksa menunggu lama, sehinggakan bila da belajar di UiTM, giliran tak kunjung tiba. Apakah ini satu birokrasi? huahua..cer tanya Kementerian Kesihatan???? Aku sangat tak mampu untuk membuatnya di klinik swasta memandangkan kos rawatannya sangat tinggi. Tambahan pula, aku anak kampung yang lahir dari keluarga sederhana. Aku belajar pun bergantung kepada PTPTN yang sampai loni hutangnya yang bertimbun aku nak kena bayar bulan-bulan! Bila dah keje dan umo pun makin tua, aku akhirnya nekad untuk memakai braces dan keputusan yang diambil ialah pada hujung tahun lepas. Selepas menyelesaikan beberapa urusan yang perlu seperti x-ray, scaling, tampalan dan hal2 lain yang terkait, maka Ahad 10 Feb adalah