Posts

Showing posts from September 15, 2009

Kehilangan itu amat menyakitkan...

Kehilangan itu amat menyakitkan. Semoga kekanda tenang di sana. Sebelum saya berangkat ke Sultan Ismail Airport, saya mendakap erat bonda... dalam sendu bonda berbisik " anak bonda hilang lagi", untuk ke berapa kali saya menyeka air mata.... 11hbn - Jumaat, Saya menerima panggilan dari Abg saya di N9, Abg Samsor memaklumkan yang Abg Leey telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan yag tidak stabil. Abg Samsor kata "berdoalah sama-sama pada Allah. Saya terus berdoa kepada Tuhan agar Abg Leey terus sihat-sihat saja, semoga beliau terus bertahan... memandangkan 18 Sept saya akan pulang ke Kelantan. Selepas mendapat khabar, saya sentiasa saja mengikuti perkembangan dengan menelefon kakak sekerap mungkin.... harapan saya semoga dia cepat sembuh. 12hbn, Sabtu yang dingin di Shah Alam. Entah mengapa saya keluar umah seawal jam 8.30pg untuk ke mall bagi membeli barang, saya telah membazirkan waktu 2 jam tanpa berbuat apa-apa. Setelah berjumpa rakan sekitar jam 1 le...