Afal dan Akwal....
Pantas waktu berlari, tidak sampai 2 minggu lagi sisa-sisa 2010 akan berlalu meninggalkan kita. Maka bertambahlah setahun usia. Orang kata, umur sekadar angka.. soalnya sejauh mana kita berjaya merasai nikmat hidup dan meraih bahagia dalam likungan hidup sebelum ini. Ada yang lebih penting, soalnya lagi.. sejauh mana sisa hidup ini kita dambakan pada Pencipta? Setiap orang ada bahagian masing-masing, ada hidupnya mewah, kaya, dilahirkan dalam sudu emas, ada yang harus berusaha kuat, bersungguh-sungguh mencari rezeki, keluar seawal pagi.. itulah bahagian dan nasib masing-masing. Ada yang berharta tetapi jiwanya resah, ada yang miskin tapi hatinya lapang.
Perencanaan Tuhan adalah sebaiknya untuk kita, tak semua benda yang kita inginkan kita akan dapat, ada hikmah yang sengaja disembunyikan untuk kita bermuhasabah. Dalam apa jua keadaan pun, kita harus tabah dan terus bersyukur, jangan biarkan rasa cinta pada Allah menjadi goyah.
Setiap hari kita disoroti oleh pelbagai berita yang adakalanya suka duka, tragis, meloyakan, sadis, jijik dan penuh propaganda. Kes pembenuhan kejam, kes rogol, ajaran sesat, buang bayi, penzinaan terbuka, kemalangan sadis, rompakan, sumbang mahram, rasuah dan segala macam adalah umpama sarapan pagi dan makan malam masyarakat kita. Kalaulah rintihan bumi ini boleh didengari, mau saja umat manusia barangkali ditelannya.
Kita bukan MAKSUM, tetapi kita harus sudaya upaya untuk memperbaiki diri. Perlu juga afal dan akwal. Andai kita mampu mengubah semua itu menjadi yang baik-baik sahaja.... pasti keadaan umat manusia menjadi lebih maslahat.

Comments