Posts

Showing posts from March 22, 2011

Salam untuk dia....

Image
Salam untuk dia.... semoga dia baik2 sahaja meneladani hidup dan agar semangat dia kental dengan himpunan buku2 dan tugas hakiki. Kalau dia adalah benar milikku, aku terima anugerah Tuhan ini dengan penuh hemah dan hikmah. Semoga tercipta bahagia.....

Politikus di Negara Baghal Bengong

Al kisah, ramai yang muak sebenarnya dengan permainan politikus yang semakin kotor di Negara Baghal Bengong. Ia adalah sebuah negara yang sememangnya tak ada dalam peta dunia ni. Tak habis-habis dengan seni reka bodoh oleh tangan-tangan syaitan yang amat liat untuk mati. Tatkala menurut nujum pengkaji ilmu alam, Negara Baghal Bengong ini terlepas oleh musibah alam seperti tsunami, gempa bumi dan gunung berapi, maka gerombolan bertopeng syaitan ini semakin tidak takut dan mata serta hati mereka buta bahawa Tuhan itu Maha Melihat.... Lewat semalam, rakyat jelata di negara Baghal Bengong sekali lagi dikhabarkan dengan cerita dongeng fatal yang dibawa oleh pelesit-pelisit durjana. Puak Adiwira cuba dilumpuhkan oleh barisan tentera Puak Puaka Haloba namun bukan semua jelata bodoh dan boleh diperguna... Cerita mengenai Negara Baghal Bengong bukan titik disini tetapi Adipena mengalih paradigma pada isu-isu kemanusian di Negara Loboya. Aduhaii Loboyo....