Trauma!
Hampir sebulan saya tidak menulis, hampir dua bulan juga saya terpaksa berulang alik ke Hospital kerana kurang sihat. Saya tabah untuk menghadapi itu semua. Walaupun " treatment" pada minggu lepas amat menyakitkan, saya akur agar saya pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Kesihatan tidak boleh diperdagangkan! saya akan menjadi lebih berhati-hati dan menjaga pemakanan di samping menjadi pendengar yang baik bagi arahan doktor. Apa-apa pun saya masih trauma dengan rawatan yang lalu. Walaupun kesihatan yang tidak mengizinkan, saya tetap bersemangat dengan rutin "events" di LBSA. Sabtu lepas juga saya sempat mengurangkan ketengangan minda dengan menonton "Alice in the Wonderland" bersama salah seorang kawan baik saya. Agak terhibur dan saya memang menyukai cerita fantasi. Semoga saya terus merintis jalan hidup ini dengan baik. Semoga kesihatan saya baik-baik sahaja dan saya tahu Allah itu Maha mendengar. Semoga Allah melimpahkan r...