Gamat yang "menggamatkan"
Khamis lalu, saya sempat menonton teater muzikal gamat. Saya teruja apabila tiket untuk menonton di sponsor. Lebih terharu saya menerima 4 tiket untuk menonton teater muzikal ini. Pada mulanya saya turut mengundang beberapa teman, namun akibat hal-hal tertentu ada yang membatalkan di saat-saat akhir. Saya bersama kawan baik Zk tetap teruja untuk ke MaTiC. Walaupun jalan agak jam, Zk agak arif selok belok KL.
Terima kasih juga kepada Pak Guard yang membenarkan kami parking di Zon Larangan, sebab parking telah full. Saya terserempak dengan personaliti Wardina yang turut beratur membeli tiket bagi keluarga beliau. Memandangkan saya masih mempunyai 2 lagi tiket extra, saya tidak teragak-agak memberinya kepada Wardina. Berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih dan ingin membayarnya. Saya katakan ini untuk anak-anak Wardina. Terukir rasa terharu di wajah mulus wanita santun Malaysia.
Mengenai teater Gamat, saya tidak ingin mengulas mengenai naskah ini dan estitikanya dari sudut pandangan teater. Apa yang penting teater ini membawa mesej kekeluargaan, kejiranan, keharmonian yang sarat. Sungguh mengiburkan dan agak melucukan. Saya sendiri ketawa terbahak-bahak.
Tahniah untuk anak gamat yang hebat dengan geleknya, Misha Omar sebagai ketua ikan buntal berjaya mengadaptasi dialek Kelantan dengan penuh lawak dan bersahaja, tidak kurang juga kehebatan Ibu Gamat yang ditangani kemas oleh Amy Mastura. Apa-apapun antara sebab utama saya teruja dengan teater ini ialah kerana artis hebat Ziana Zain. Watak sebagai ketua Obor-Obor digalas mudah oleh wanita anggun ini.
Tahniah untuk semua tenaga produksi teater muzikal ini. Sebuah teater yang santai tetapi amat mengujakan! Percaya atau tidak... saya masih tersenyum bila mengnang kembali babak-babak di dalam teater tersebut. Sungguh terkesan.
Sebelum pulang ke rumah, kami habiskan lewat malam di Restoren Abe. Dek kerana perut yang lapar, Nasi Goreng Thai dan Sirap Bandung menjadi menu lewat malam itu. Hujung minggu yang mengembirakan.
Sebelum pulang ke rumah, kami habiskan lewat malam di Restoren Abe. Dek kerana perut yang lapar, Nasi Goreng Thai dan Sirap Bandung menjadi menu lewat malam itu. Hujung minggu yang mengembirakan.
Comments