Posts

Showing posts from October, 2010

FFM 23

Terima kasih kerana mengundang saya ke Malam Anugerah FFM23. Bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia, ia membangkitkan semangat transformasi dalam industri perfilemen. Bertempat di Shah Alam Convection Centre (SACC) Shah Alam, Selangor, FFM 23 tampak meriah dan tersusun. Majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat Y.B Datuk Seri Utama Rais Yatim dan Isteri turut megikut lunas protokol tetapi lebih santai. Ia turut disiarkan secara langsung oleh TV1 dan Astro. Saya tersenyum sendirian kerana jika 7 tahun yang lepas, lewat di FSP, saya dan kawan-kawan tidak pernah ketinggalan untuk "menempatkan" diri ke malam-malam sebegini, teringat di FFM sebelum ini, AJL, Anugerah Skrin, Bintang Popular dan macam-macam lagi. Mungkin zaman remaja yang kurang matang, kami terlalu "excited" dengan seleberiti.. haha... tapi semua pengalaman itu sangat manis dan bez.... Di FFM 23, saya turut berbangga kerana ramai kawan-kawan lewat pengajian di FSP dan MASSCOM UiTM turut berada di sana

Biarkan berlalu...

Saya tidak sihat semenjak kebelakangan ini. Ada saja yang tidak kena. Terasa sesuatu yang pelik membelenggu diri. Satu badan mengalami kesakitan dan kejang. Emosi juga tidak stabil. Menjadi pemarah, tiba-tiba murung dan kadang-kadang ingin menangis. Saya cuba bertindak rasional dan mengawal diri dengan kudrat yang kental. Alhamdulillah, lewat malam Sabtu yang lepas... semuanya kembali tenang dan moga-moga perkara yang tidak baik itu berlalu.... biar berlalu jauh. Tiada siapa pun yang menyeru..... Semoga Allah melindungi saya, bonda, keluarga dan teman-teman semua. Semoga dijauhi hasad dengki manusia, perbuatan khianat ataupun syak wasangka. Nauzubillah la minzalik..

Adiwarna...

Lama benar tak menulis diruang siber ni dek terlalu sibuk dengan kerja. Lewat September lepas adalah saat yang sangat kalut dan penuh dengan perkara yang diluar jangka! Saya berhempas pulas untuk memastikan Muzikal Adiwarna ditampilkan dengan penuh terbaik. Saya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja dan barisan tenaga kreatif yang baik dan profesional. Saya sedaya upaya melunaskan tanggungjawab saya bagi meraikan Sambutan 10 tahun Bandaraya Shah Alam. Pengalaman bersama-sama dengan pihak produksi "Muzikal Adiwarana" adalah sesuatu yang sangat bez, suka, macam cuka pun ada, tapi sangat enjoy!! saya turut belajar ayat-ayat baru seperti kekwat, sentap dan macam-macam ayat yang melucukan. Ini semua 'kerja-kerja" artis budaya. Ha..ha..ha Sebagai Pengarah Muzikal Adiwarna, saya cuba menzahirkan sedaya mungkin "buah tangan" pertama saya. Saya mengolah dengan cara saya, dibantu oleh barisan tenaga kreatif yang saya rasakan mereka semua adalah hebat dan p