Monday, September 12, 2011

Salam Lebaran....

Salam lebaran buat tatapan! Selepas sebulan kita berpuasa menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, maka Aidilfitri kita raikan dengan rasa kemenangan. Seperti biasa, perasaan teruja untuk pulang ke desa tercinta menyergap jiwa. Kali ini, aku memandu pulang ke kampung. Terasa perjalanan amat lama.

Melalui lebuh raya Pantai Timur terasa sedikit lapang walaupun perjalananya panjang. Sempat berhenti di "wilayah" Temerloh. Diri tersenyum sendirian dan moga-moga semuanya baik belaka.. Dalam jiwa, hati tidak pernah putus berdoa agar perjalanan aku dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan izinNya aku selamat sampai ke desa tercinta.... SALAM AIDILFITRI!!!