Posts

Showing posts from December 30, 2011

Sayonora 2011!!!

Berat untuk berceritera memandangkan kekangan masa yang terbatas dan "mood" yang malas dipenghujung tahun. Saya harus mengucapkan selamat berpergian 2011. Pergilah bersama fragmen yang pelbagai rupa dan bentuk membawa kisah suka, tawa mahupun sedih yang melewati 2011. Alhamdulillah saya melalui 2011 dengan baik. Banyak cabaran yang saya depani dengan rasa sabar. Saya juga khuatir pada awalnya, adakah saya mampu menggalas cabaran hidup yang semakin lama semakin berat. Saya ringkaskan antara perkara yang tidak menarik bagi tahun 2011.Saya mengalami sakit yang teruk dan terpaksa berulang alik ke DEMC, gagal dalam ujian yang saya yakin saya lulus, berdepan karenah bodoh yang sangat menyakiti hati, mengalami retak kaki yang teruk dan terpaksa mendapat rawatan KPJ dan saya juga kurang cerdik dalam membuat dan menilai pertimbangan diri dalam beberapa perkara. Saya amat kesal. Kalau difikirkan jua, ia bukanlah tahun begitu teruk kerana Allah itu amat menyayangi setiap hamba-ham