Friday, December 21, 2012

Selamat tinggal MERLIN

Saya sungguh menyukai drama MERLIN! Drama fantasi ini sangat kena dengan jiwa saya. Dari musim pertama sehingga ke musim yang terakhir iaitu ke 5, bermakna 5 tahun juga saya begitu setia dengan MERLIN. Literalnya, ia dalah sebuah drama berorientasikan sifat kemanusian dan persahabatan. MERLIN membariskan bintang-bintang seperti Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James sebagai Prince Arthur, Anthony Head sebagai Raja Uther, Richard Wilson sebagai Gaius, Katie McGrath sebagai Morgana dan Angel Coulby sebagai Gwen. Pada hemat saya,  Merlin adalah satu imaginatif yang diadaptasi dari naskah legenda yang megujakan.

Kita akan mengenali beberapa watak yang berbeza melalui drama ini. Apa-apa pun, akar kepada drama ini ialah Merlin itu sendiri.  Dia ialah pemuda yang mempunyai kuasa magis yang hebat. Namun ia harus menjadi rahsia agung.
Prince Arthur pula dikenali dengan sikapnya yang bodoh sombong, egoistik dan keras kepala tetapi di sebalik sikap buruknya itu, dia juga mempuyai sifat ihsan. Prince Arthur ialah pewaris takhta kerajaan Camelot.

Manakala, Gaius merupakan seorang doktor di istana dan antara orang yang mengetahui rahsia besar Merlin. Gaius juga antara pelindung Merlin.
Uther Pendragon pula merupakan pemerintah Camelot dan juga bapa kandung kepada Arthur. Uther digambarkan sebagai seorang Raja yang zalim dan adakalanya kejam. Dia juga bersungguh-sungguh unutk memerangi sihir di Camelot.  Disebalik kezalimannya itu, beliau juga amat mengambil berat tentang rakyat jelata.

Lady Morgana, merupakan anak hasil hubungan sulit Uther Pendragon. Lady Morgana yang mulanya seorang puteri raja yang baik dan bersopan tetapi bertukar menjadi seorang pendeta sihir wanita yang sangat jahat. Hidupnya dipenuhi dengan sifat benci!
Gwen, seorang hamba dan suruhan istana. Ayahnya mati dibunuh Uther. Namun siapa sangka? Dalam diam, Prince Arthur mencintai Gwen. Berkat kesabaran dan berjaya meredah halangan cinta mereka, Gwen dan Prince Arthur akhirnya bersatu di musim ke 4.

Kisah Merlin bermula setibanya dia di bandaraya Camelot, di mana Raja Uther Pendragon, telah mengharamkan penggunaan magis di bandaraya itu. Kezaliman Uther terserlah dengan mengurung naga yang kononnya naga terakhir di bumi Camelot. Kedatangan Merlin ke Camelot juga menjadikan ia mempunya ramai musuh. Nasib menyebelahi Merlin apabila telah diambil oleh Gaius, doktor yang mengetahui rahsianya untuk dijadikan sebagai angkat..Merlin juga akrab dengan naga yang telah dikurung. Selepas mendapat maklumat yang penting dari naga tersebut, Merlin kemudiannya bertekad untuk melindungi Arthur sebagai pewaris takhta Camelot.
Pengembaraan Merlin diteruskan, sesungguhnya takdir sebuah kerajaan dalam drama fantasi tersebut terletak di atas bahu anak muda yang bernama Merlin. Tuntasnya, semangat kekeluargaan, persahabatan sejati, kesetiaan dan kisah cinta kesemuanya diadun dengan baik dalam drama ini. Ia satu pengembaraan yang penuh pancaroba. Banyak hal-hal yang mendebarkan. Di akhir episod musim ini, yang juga musim terakhir, jiwa terasa sedikit hiba apabila Arthur akhirnya mati dibunuh Mordered. Kehebatan magis Merlin juga adalah gagal untuk menyelamatkan Arthur. Selamat tinggal MERLIN dan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengembara selama 5 tahun bersama imiginasi MERLIN!

Antara aku dan kek!


Entri kali ini ialah pasal kek! Cuma aku nak katakan yang aku amat suka kek... biarlah orang nak kata apa pun.. aku tak heran sebab yang belinya menggunakan duit aku dan yang makanya adalah diri aku. Hehe! Keterujaan pada kek menyebabkan aku jadi berisi secara tiba-tiba. Berpenat lelah di pusat gymnasium Celebrity Fitness juga adalah sia-sia. Akhirnya aku memilih untuk menamatkan kontrak di CF Subang Prade.

Kek menjadikan aku bahagia dan melupakan masalah buat seketika, Menikmati rasa sedap dan manisnya menyebabkan aku begitu gembira. Apatah lagi kalau kek itu pelik ia akan menambahkan rasa teruja. Kek yang cantik tidak semestinya sedap yea!



Hye si manis Ola Brata, dirimu amat mengujakan!

Friday, December 14, 2012

Sisipan di Singapore....

Alhamdulillah, ini kali kedua sepanjang tahun 2012 saya berpeluang ke Singapore! Melihat Singapore sebagai sebuah negara kecil tetapi sangat hebat! Malah warganya juga berjiwa besar. Apa2 pun saya gembira dan teruja....