Belasungkawa Aminulrasyid…….
Buat Bonda Norsiah (Sempena Hari Ibu) ... saya persembahkan karya ini sempena hari ibu yang lalu dan bingkisan dilontarkan di "Daerah Akar" hujung bulan lalu...
Hujan petang di Shah Alam turut merasai kesedihan
Air langit pun meratap sebuah kehilangan
Berat kami memandang berat lagi derita jiwa
Bonda Norsiah menanggungnya…
Tiada sesiapapun yang boleh mentafsir akan peritnya sebuah perasaan
Bersulam payah 9 bulan bonda menunggu dengan penuh sirna
Putera Bonda Aminulrashid…..
Daerah ini tahu…. Putera Bonda putera yang baik
Anak yang taat, pelajar harapan
Ramai yang tahu bonda….
Ramadhannya di Masjid
Santun bongsunya penawar resah Bonda
Dia adalah pewaris Negara
Apakan daya……sempat menjengah sekadar 15 tahun usia
Lazim hidup…
Langit tidak ceria kalau tiada santun dan nakal
Tapi nakal bersulam hemah
Tertib tidak pernah disanggah
Adat tetap dikejap kemas
Bonda Norsiah…
Andai kami mampu…..
Kami akan tukarkan kebencian dengan sebuah kasih sayang
Kami akan tukarkan kekerasan dengan rasa kemanusian
Kami akan tukarkan daun kering agar menjadi pepohan yang rendang
Kami akan tukarkan dendam kesumat dengan kemaafan
Kami akan tukarkan penderitaan dengan sebuah kebahagiaan
Kami akan tukarkan kezaliman dengan sebuah keadilan
Kami akan tukarkan penghinaan dengan rasa hormat
Andainya kami mampu
Kami akan kembalikan sebuah kehilangan…….
Tegak berdiri batu nisan
Tubuh kaku yang mendakap
Bonda harus kuat
Menerima takdir yang tersurat
Walaupun diri merasa sarat
Biar terhimpun segala kudrat
Usah menangis bonda Norsiah….
Pulanglah akrab dengan tenang pada pencipta
Setenangnya air dikali
Sebuah pemergian yang abadi
Amal dan iman menjadi saksi
Menyelusur, Maya Pada duniawi
Mengembeleng tulang berulang
Atas dasar kemanusian
Walaupaun jasad tertanam pada lantai bumi
Ada hati-hati yang berjanji
Sebuah keadilan akan lestari
Khalik yang Esa tidak akan pernah menyalahi janji
Selamat Hari Ibu……………………..

Comments