Jangan bersedih...
Bila saya memandangnya segalanya dari Khalik yang maha esa, yang menciptakan segalanya, DIA juga yang menimpakan ujian terhadap hambaNya, yang menjadikan sebab derita hati kecil ini, yang menjadikan keinginan kita terhalang serta menjadikan jiwa gundah gulana, saya penuh percaya.. pasti tenanglah hati kecil ini. Kerana masakan DIA mentakdirkan segala sesuatu itu untuk sia-sia? Bukannya DIA tidak tahu betapa resah hati kecil itu, derita hamba-hambaNya, kerana mungkin inilah yang DIA mahu kerana ada hikmah yang tersembunyi untuk hamba-hambaNya yang sememangnya hanya DIA yang maha mengetahui. Lewat seminggu ini, saya rasa begitu teruk dengan banyak perkara yang terjadi. Emosi rasa berbaur ditambah dengan resah dan gundah yang menghimpit jasmani dan rohani. Mengambil keputusan untuk berehat selama 2 hari adalah langkah bijak pada hemat saya. Walaupun terpaksa berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi, namun jiwa kecil tidak boleh menipu. Umpama babak drama, satu persatu perka...