Catatan istimewa buat Ikin

Saya dedikasikan catatan ini untuk sahabat saya Ikin... mengenali Ikin di UiTM lewat pengajian di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, kami merupakan graduan Perhubungan Awam. Ikin seorang sahabat bercita-cita tinggi dan selalu berkeyakinan. Sifat perempuan yang saya suka, mandiri dan profesional.. ada pada Ikin. Saya turut mengenali papa dan mama Ikin, ternyata mereka sangat baik. Ikin anak En Ahmad Nor! haha..

Pantas masa berlalu, menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda lewat 2006। Haluan dan jalan hidup mesti diteruskan. Saya amat kagum dengan sikap Ikin, saat hatinya pernah remuk redam dia masih boleh tersenyum melawan rawan! Saya tahu bertapa kental hati wanita sepertinya menanggung derita jiwa! chaiiyokk my bff!!! masih teringat saat kitaorang planning sama-sama nak further master di Australia or New Zealand... itu sorotan cerita dua tahun lepas.

Sabtu - 12 Jun
Selamat Hari Jadi Ikin dan Selamat Pengantin Baru

Saat ini saya merasakan Ikin pasti rasa teramat bahagia.. "Big Day"
Saya bersama Ila ke Paroi untuk berkongsi kegembiraan pasangan pengantin baru. Sangat terharu apabila akhirnya Ikin berada di "singgahsana putih" bersama suami tercinta Riszki. Saya antara orang yang paling gembira kerana "mimpi ngeri" Ikin turut terbang di aspal masa.... Untuk sahabat saya Ikin, semoga ikatan kekal ke akhir hayat. Saya juga tidak sabar-sabar menjadi "uncle" buat zuriat Ikin.. doa untuk Ikin dan sekeluarga takkan pernah padam.. InsyaAllah...

"Sesuatu yang ikhlas itu adalah kekuatan yang mampu mengubah musibah menjadi muhibah dan sedih menjadi riang"


Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz