Monday, July 20, 2009

Shout Award!

Saya sempat meluangkan masa di majlis anugerah baru Shout Award pada Jumaat lepas atas jemputan media, kesibukkan jalan ke Stadium Putra memang terserlah apabila ada latihan MU di Stadium Bukit Jalil. Lautan gelombang merah!

Bercirikan MTV dengan penampilan yang tersendiri, Shout Awards berjaya dengan penampilan pertama mereka. Dengan trend undian sms, kemenangan Bunkface bukan satu kejutan lagi. Revolusi Bunkface memang menjadi apatah lagi kumpulan ini memang digilai remaja.

Apabila terlalu URBAN, maka Bahasa Ibunda pun dipinggirkan yang saya rasa sedikit kerterlaluan. Ouch…. Penganjur tentu ada jawapan.

Persembahan dan konsep yang dibawa ada kelainan namun saya tidak bersetuju apabila kita terlalu berpaksi pada BARAT, tidak ada khilaf apabila nilai timur diketengahkan dan dicirikan dengan konsep 1 Malaysia. Apa-apa pun tahniah 8tv! Post party??? ok la, not bad...