Kehilangan itu amat menyakitkan...
Kehilangan itu amat menyakitkan. Semoga kekanda tenang di sana. Sebelum saya berangkat ke Sultan Ismail Airport, saya mendakap erat bonda... dalam sendu bonda berbisik " anak bonda hilang lagi", untuk ke berapa kali saya menyeka air mata....
11hbn - Jumaat, Saya menerima panggilan dari Abg saya di N9, Abg Samsor memaklumkan yang Abg Leey telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan yag tidak stabil. Abg Samsor kata "berdoalah sama-sama pada Allah. Saya terus berdoa kepada Tuhan agar Abg Leey terus sihat-sihat saja, semoga beliau terus bertahan... memandangkan 18 Sept saya akan pulang ke Kelantan. Selepas mendapat khabar, saya sentiasa saja mengikuti perkembangan dengan menelefon kakak sekerap mungkin.... harapan saya semoga dia cepat sembuh.
12hbn, Sabtu yang dingin di Shah Alam. Entah mengapa saya keluar umah seawal jam 8.30pg untuk ke mall bagi membeli barang, saya telah membazirkan waktu 2 jam tanpa berbuat apa-apa. Setelah berjumpa rakan sekitar jam 1 lebih, saya kembali ke rumah. Sememangnya badan sangat letih dan mengantuk. Sebelum melelapkan mata, saya sempat call Jaja yang baru pulang dari Terengganu untuk melawat Abg Leey, bilang Jaja, Abg Leey sihat-sihat saja. Jam menunjukkan pukul 2.15 ptg.
Tidur saya tergangu, rasa resah dan berdebar-debar mencengkam hati kecil. Apabila saya cuba menghubungi Abg Long, Jaja, Jiti dan Kak Mah, semuanya masuk voice mail.. perasaan resah dan sedikit marah bercampur baur. Alangkah hibanya rasa hati apabila saya menerima panggilan dari Abg Long mengatakan Abg Leey sudah tiada.. saya memaklumkan kepada Che Su dan Abg Samsor... sedihnya, Allah saja yang tahu...
Hati menjadi cemas, apabila saya cuba mendapatkan tiket flight secara online, semuanya sold out, baik MAS, Fire Flyz mahupun AirAsia. Kata Che Su, kita terus ke LCCT sebab ada tiket emergency. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan untuk melihat Abg Leey buat kali terakhir. Terbang dengan Airbus Air Asia, dari jam 7.20mlm, Alhamdulillah jam 8.15 mlm sampai di Peng Chepa. Tanpa ada makanan untuk berbuka, saya hanya menelan air liur untuk hilangkan rasa lapar dan dahaga.
Sebaik saja sampai di rumah, saya terus mendakap bonda. Terus saja ke dapur untuk mengambil wudhuk bagi solat Isyak dan membaca Yassin untuk arwah. Buat pertama kali, saya diberi kesempatan untuk membantu Imam bagi memandikan jenazah. Che Su turut membantu. Pesan Imam, "usaplah secara perlahan, takut jasadnya terasa sakit".
Selepas mengeringkan tubuh arwah dengan penuh cermat, kami mengangkatnya secara berhati-hati untuk diletakkan ke atas pembaringan. Saya diajar oleh Imam cara untuk mengafankan si mati. Satu persatu kapas khas yang disiapkan membaluti tubuh kaku Abg Leey.
Sebelum kapas terakhir menutupi wajah arwah, Imam memberi peluang kepada kami untuk mengucup dahi arwah buat kali terakhir. Bila tiba giliran Bonda, bonda berbisik.."Bonda redha, pulanglah pada pencipta".. seterusnya tiba giliran kami. Sekali lagi saya tak mampu menyeka genangan air mata. Biarlah ia mengalir, kalau itu melegakan...
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Ahmadi Tebing Tinggi selepas solat terawih. Sejurus selepas itu, jenazah dibawa ke perkuburan Tebing Tinggi yang jaraknya 100 meter dari Masjid. Hujan mula merintik, saya berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Arwah Abg Leey dikebumikan bertentangan dengan pusara Ayahnda. Mungkin di situ tanah asalnya. Saat sekujur tubuh kaku yang dibaluti kain putih, dimasukkan dalam liang lahad. Maka terputuslah hubungan anak Adam kecuali doa anak yang soleh, amal yang baik dan ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan....
Selepas berakhirnya Talkin dan doa, saya perlahan-lahan meninggalkan tanah perkuburan. Semoga Allah S.W.T golongkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga kasih sayang Allah tidak pernah pudar, semoga syafaat Nabi Muhammad (S.A.W) menjadi pelindung.... Bersemadilah dengan tenang, Al-FATIHAH

Comments
Kuatkan semangat menempuhi perjalanan yang panjang ini..