Hari ini SELASA
Semalam, saya dikhabarkan dengan berita kematian rakan sekerja akibat komplikasi jantung. Sama sekali tidak menyangka kerana lewat 2 minggu lepas semasa saya melawat arwah di HKL, arwah sudah sihat dan dijangka keluar hospital. Tuhan lebih menyayangi, saya bangga kerana sempat mengenali seorang pemuzik yang hebat seperti beliau. Di akhir pertemuan yang lalu, arwah sempat berpesan kepada saya, "En Fahmee, jangan sesekali tewas dan mengalah dengan cabaran yang mendatang, saya tahu En Fahmee seorang ketua yang sangat baik dan diplomatik". Ada genangan titisan di kelopak mata arwah. Masih terngiang-ngiang bicara itu.
Hari ini SELASA, jam 8 pagi saya bersama dengan Datuk Bandar dan Pengarah Pengurusan sempat melawat jenazah di Kota Damansara. Saya sempat meyaksikan wajah arwah yang tenang buat kali terakhir. AL-Fatihah untuk arwah Ramlee.
Hari ini SELASA, buat pertama kali saya "tewas" dan menerima ajakan rakan sekerja untuk sarapan pagi di Kafe. Biasanya, saya lebih suka makan di bilik pejabat saya sahaja dan makanan bungkus sebelum datang ke pejabat. Entahla, tadi pun saya rasa takut-takut dan kurang selesa walaupun hakikatnya itu adalah waktu minum pagi yang dibenarkan. Saya rasa takut kalau "membazir" atau "mencuri" waktu kerja. Huh! x nk lagi arr.. x selesa...
Hari ini SELASA, sekali lagi saya dikejutkan dengan berita rakan sekerja yang baru dimasukkan ke UH, akibat serangan jantung. Saya doakan semoga anda sembuh dan walfiat hendaknya.
Hari ini SELASA, setelah hampir bertahun tidak bersua dengan kawan lama, Asrul Abu Seman, rakan seperjuangan saf kepimpinan pelajar UiTM sedikit waktu lalu. Hampir 2 jam lepak2 di Sek 3, seronok mendengar perkembangan kejayaan kawan-kawan, isu-isu semasa, politik dan gosip. Paling bez bila dengar pengalaman dia di US. Di akhir pertemuan, kami bercadang untuk membuat gathering bagi batch FSP.... InsyaAllah, so MR ROTHMAN dari RTM.. "Ko kena managed bro! aku plak nk jadi emcee hari tu bro! huh
Semoga esok dan akan datang sentiasa yang baik-baik sahaja..........
Comments