Belasungkawa Yasmin Ahmad


Lewat malam yang dingin pada Sabtu lalu,11.41 saya telah menerima sms dari seorang teman media yang mengkhabarkan Yasmin Ahmad telah pulang ke rahmutullah pada jam 11.25 pagi, saya termenung seketika sambil saya majukan sms yang sama kepada rakan-rakan pengamal perhubungan awam dan teman-teman yang lain.

Saya bertuah kerana lewat 2004 di KLCC saya pernah bersua sekali dengan beliau. Pertemuan yang tidak disengaja sewaktu Kak Min berada di ISETAN dan saya penuh yakin memanggilnya Kak Min dan beliau menyambut baik sapaan saya. Saya luahkan pada Kak Min yang saya terlalu minat dan kagum terhadap sentuhan iklan beliau dewasa itu. Dari itu juga saya selalu menjengah blog Kak Min.

Anak Johor berkelulusan ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom ini adalah seoarang yang hebat. Kak Min juga disifatkan sebagai seorang sutradara yang bertanggungjawab dan penuh prolifik. Kak Min tidak pernah memandang enteng mengenai rasa berkasih sayang, perasaan cinta dan hormat menghormati masyarakat Malaysia yang majmuk ini.

Semuanya direncah hebat dalam setiap hasil karyanya. Antara filem arahan beliau yang menggabungkan elemen-elemen itu ialah Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009). Karya beliau bukan sahaja memenangi banyak anugerah malah mendapat pengiktirafan dunia. Dia berkarya dengan mentafsir melalui mata hati, sungguh ikhlas.

Pada usia 51,beliau pergi menemui pencipta-Nya meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat kita. Kak Min pergi selepas tiga hari koma akibat serangan strok sebetulnya kehilangan yang sangat besar buat negara. Sentuhan beliau merentasi jauh pemikiran masyarakat. Negara sememangnya haus dengan orang hebat spertinya. Malaysia mempunyai ramai orang-orang yang hebat. Yasmin adalah salah seorang daripadanya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan Yasmin adalah wajah sebenar industri sinema Malaysia.

Pagi Isnin, walaupaun kepala sarat dengan tugasan kerja, saya sempat untuk menjengah blog Kak Min, tiada entry baru. Sememangnya tidak akan ada lagi entry terbaru. “A song of longing I'm hoping to use for the ending in Wasurenagusa” itu adalah entry terakhir Kak Min yang dikirm pada 22 July 09. “ Puccini - Turandot - Signore, ascolta – Callas” seolah memberi maksud tersirat. Saya memandang sepi skrin computer. Life is too short. Hati saya tersentuh. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz