Salam NOVEMBER
Agak lama saya tak upadate blog. Sangat sibuk dengan kerja-kerja pejabat, tugasan luar dan hal-hal kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Cepat benar masa berlari. Hari ni dah 3 November. Hari ini genap 6 hari di rumah baru.. Adat bujang dan perantauan, pindah randah perkara biasa.. bak kata my bro, pindah randah banyak kali boleh jadi papa kedana.. aduyaiiii. Nauzubillah..
Dalam hati teringin nak ada rumah sendiri. Shah Alam hartanah sangat mahal. Saya ada teringin nak memiliki sebuah apartment yang 90% siap, bila ditanya kembali harganya.. owhh 245k.. tak mampu gua nak membayarnya. InsyaAllah jika ada rezki Alllah dalam hujung tahun ni atau tahun hadapan saya teringin memiliki sekurang-kurangnya sebuah apartment di Shah Alam. Bajet??? biarlah harganya tidak terlalu tinggi, yang mampu dengan saya.. hahaha.. nak membeli rumah?? huh, Shah Alam harga rumah landed house.. semuanya dalam 300k n above......nampaknya kena bermimpi setiap hari agar mimpi jadi realiti...
Dalam meneruskan agenda seharian, saya selalu mengingatkan diri saya tentang pengurusan kewangan yang bijak. Saya kagum dengan seorang teman di Labuan, Masdayana yang sangat menitikberatkan soal kewangan dan masa depan. Kita tdak tahu apa yang akan terjadi tentang masa depan? tidak salah untuk melabur dan yang paling penting harus berhemah dalam menggunakan wang.
Semoga November adalah bulan yang baik-baik sahaja kerana Oktober saya melaluinya dengan rasa kelat dan pahit. Tidak sabar untuk menunggu 27 November kerana pada masa tu, saya dapat memeluk erat bonda tercinta.....

Comments