Cerita Nasi Kerabu...
Nasi kerabu, sangat unik, ia digemari ramai, sedap di makan, makanan yang popular di Negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah. Nasi kerabu kadang-kadang nasinya warna biru, putih dan kuning. Ia dihidang bersama dengan ulam-ulaman, kelapa parut, budu adalah wajib, air lada dan kuah tumis. Kecur air liur… nak sedap??? kita letak telur asin, kepok keping, bawang jeruk, daging bakar, solok lada dan ikan celup tepung.. owhhh memang terangkat!!!!
Itu cerita nasib kerabu.. saya sekadar memberi analogi tentang nasi kerabu dan rakyat Malaysia. Ini hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak berpihak kepada mana-mana. Ohhh Malaysiaku, tanah tumpah darahku, negaraku yang aman,hakikatnya 60% daripada penduduknya adalah Melayu yang bertunjangkan Islam sebagai agama rasminya. Pelbagai kaum mewarnai bumi Malaysia, Cina, India dan lain-lain.
Bumi Malaysia tidak pernah menghalang atau menyekat mengenai hak-hak yang lain, malah memberi peluang yang cukup meluas. Betapa cukup baik Malaysia dan penduduk asalnya Melayu, ada betulnya kata pepatah, kera di hutan disusukan sedang anak di rumah mati kelaparan???
Rasa gundah dijiwa apabila Malaysia yang aman kini mula tidak tenang. Politik jalanan dan para pengacau kententeraman megundang rawan. Lebih malang Melayu menjadi tunggangan kepada kebatilan. Kita sering tidak pernah berfikir panjang, dek kerana kebatilan kita mudah merobohkan keamanan dan perpaduan sedangkan untuk membinanya bukan senang. Mungkin Melayu hari ini berasa bangga apabila melihat bangsa mudah diperkotak-katik, orang senang mengambil kesempatan, Melayu yang diperguna, diperolokkan dan lebih senang diperbodohkan…. Siapa yang bertepuk tangan???
Berbalik kepada cerita nasi kerabu, alangkah indah dan tenangnya Malaysia apabila adunan itu saling lengkap-melengkapi, walaupun ada manis kuah tumis, masin nya budu, rasa pahit ulam dan pedas air lada…. Itu adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia Majmuk. Ia menjadi sedap apabila nasi kerabu digaul sebati. Sangat sedap!!!! Wujudlah Malaysia aman dan tenang.
Untuk Melayu, sama-sama kita belajar menghargai. Kita pegang tali timba ekonomi bagi perkasa bangsa. Jangan sesekali mengadai agama. Buat para pemimpin dari kalangan Telur Asin, Bawang Jeruk, Daging Bakar, Solok Lada, Kepok Keping, Ikan Celup Tepung dan sebagainya… kekalkan keamanan Malaysia, hargailah rakyat! Bukan sekadar janji yang tidak mampu ditepati. Kami tidak mahu keamanan ini dipergadaikan lantaran kebatilan.
Semoga Allah S.W.T merahmati bumi Malaysia dari malapetaka disebabkan rakusnya sikap manusia.
Comments
luv your wunderful thought.What a termendous idea bila anda menganalogikan Malaysia yang berbilang fahaman, dogma, budaya, warna kulit,agama dan seribu perbedaan dengan hidangan paling saya cintai;nasi kerabu. saya setuju benar dengan perumpaan itu.Entah bagaimanakah rupa negara yang sedang kita warisi ini kelak.Dan bagaimanakah nanti kita akan mewariskannya kepada cucu cicit piut andai kepandiran hari ini tidak kita ubati.