Sisipan SME 09

Sekitar Pertandingan Marhaban&Berzanji Selagor 09
Yuna bezz!

Rasa sangat puas, apabila SELANGOR SME 09 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jaya. Melewati 9 hari berkampung dari 1-9 Ogos 09 dalam menggalas misi SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA 09. Ia sememangnya membawakan festival seni yang unggul.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan serta alunan muzik telah dipersembahkan merangkumi aspek budaya dan muzik masyarakat majmuk di Malaysia. Antaranya adalah, Pertandingan Pancaragam, Dram Halilintar, Persembahan Kebudayaan, Konsert Nasyid, Pertandingan Marhaban dan Berzanji, Festival Jalanan, Konsert 1 Heart Selangor, Permainan Tradisional, Sambutan Orang Asal Sedunia, Pertandingan Tarian, Persembahan Teater, Persembahan Puisi dan Lagu Indie, Persembahan Band, Twin Festival, Poco-poco, Pameran Kereta Mini Klasik, Pertandingan Patriotik Idol. Persembahan Akustik, Baca Naskah dan Konsert Penutup yang berlangsung semalam dengan menampilkan artis-artis seperti seperti Noryn Aziz, Yuna, Hujan, Hattan dan ramai lagi.

Program Selangor Muzikal Extravaganza telah dilaksanakan di beberapa tempat utama di sekitar Shah Alam seperti Dataran Shah Alam, Laman Budaya. Auditorium MBSA, Taman Tasik Shah Alam, Dataran Kemerdekaan, Plaza Alam Sentral dan Subang Parade.

Penatnya masih terasa dan saya sendiri menghadapi saat-saat sukar semasa menjadi Pengarah Program Pertandingan Marhaban & Berzanji Selangor 2009. Alhamdullilah berkat pertolongan KHALIK yang Esa dan bantuan rakan2 kerja, program berjalan lancar. Terima Kasih semua kerana menjayakan program ini dengan sebaik mungkin!!! Lebih manis sepanjang 2 hari Pertandingan Marhaban & Berzanji berlansung, ramai yang memanggil saya Ustaz Fahmee dek menjadi Pengarah Program.

SME 09 telah pun melabuhkan tirainya, program yang julung kali ini diadakan ini membawa wadah baru untuk semua. Buat Puan Nurul (Pengurus Besar TSSB), Fazly, Hafeez, Saat, Abg Mi, Kak Mas, Hana dan semua.. I luv a gud team! SME 10 nantikan kami!

Comments

farizadewajah said…
Salam.. hye Famy! kem salam kt Yuna ye... :)

Popular posts from this blog

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Saya Anak Merdeka!!!