Salam Lebaran MAAF ZAHIR&BATIN


Salam semua, kembali menulis diruang sempit ini. Saya dengan penuh kerendahan hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir&Batin. Raya kali ini sangat sederhana, kehilangan arwah abang sangat terasa.

Jumaat, 18 hbn:
Perjalanan dari KL ke KB sangat memenatkan, melalui LPT Terengganu, 10 jam perjalanan terasa amat letih,gusar dan  adakala menyeronakkan. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung halaman dengan selamat.

Sabtu,19hbn:
Saya mengambil kesempatan untuk ke KB, huuuh jalan sangat sesak dipenuhi dengan kenderaan anak-anak Kelantan perantauan. Walaupun saya sudah shopping di KLCC,Pavilion dan Sunway... memang bila sampai KB, masih rambang mata, bukan apa, saya sudah berniat di hati untuk berbelanja di KB semata-mata nak menjana ekonomi peniaga di Kelantan, untuk itu saya telah memperuntukkan hampir RM500 untuk membeli pakaian walaupun dah berlambak..

Ahad,20hbn:
Takbir Raya bergema jelas. Seawal pagi untuk bangun besiap ke Masjid bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Seawal pagi memohon ampun dari Bonda dan bersalaman dengan keluarga tercinta. Kami semua juga menziarahi pusara ayanda dan kekanda tercinta.

Saya tidak menyangka, sangat ramai tetamu bertandang ke rumah.. Memang penat kerana Jaja dan Jiti sudah pulang ke rumah mentua masing-masing. Huh, saya lah menjadi tuan rumah untuk menyediakan air dan makanan kepada para tetamu yang datang. Penat tetapi berbaloi... Sungguh indah suasana di Hari Raya.

Isnin,21hbn:
Saya sempat beraya ke rumah saudara dan pada hari ini saya menerima kunjungan dari teman lama Mr Nazrul. Terima kasih kerana sudi bertandang.

Selasa,22hbn:
Saya menerima kunjungan dari teman-teman lama, Azuan, Hasniza dan Atiqah.... lama sangat tak bertemu.. hampir 10tahun gakla selepas SPM 1999... Alhmadulillah semua dah berjaya. Itu rezki Allah dan ada bahagian masing-masing.

Rabu,23hbn:
Saya menikmati keindahan alam di Pantai Sri Tujuh dan menziarahi Ku Ars.. saya suka ombak, tapi ombak kadang-kadang ganas.

Khamis,24hbn:
Majlis tahlil untuk arwah ayahnda dan kekanda.

Jumaat,25hbn:
Masa pantas berlalu, terasa sangat tidak puas dengan waktu yang ada, saya sekali terpaksa berpisah dengan bonda. Seawal pagi saya bertolak ke KL... Selamat tinggal Kota Darul Naim... aku kembali nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz