Hey KHAMIS!
Sekitar Gimik Pelancaran
Rakan-rakan media
"Semoga Khamis ini menjadi yang terbaik untuk semua" begitulah text sms yang dikirim oleh teman media Ku Ars Azman. Di tempat yang sama di seksyen 2 Shah Alam, kelihatan JPJ sibuk menyaman pesalah trafik. Masa yang genting dek kesibukan orang ramai berpusu ke tempat kerja. Huh, 2 minggu lepas saya juga telah disaman dan terpaksa membayar RM300 kerana melanggar lampu KUNING! tension sangat! lampu KUNING pun kena saman ke??? Lepas kejadian itu, saya nekad untuk menjadi pemandu yang berhemah, pastikan belt dan jgn sesekali langgar lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit! AWAS!
Pagi yang sibuk, saya meluangkan masa hampir 1 jam di Studio untuk melihat latihan penyanyi Roy bersama dengan kombo MBSA membuat latihan bagi program D'Muzik@LB -"KAMI ANAK MALAYSIA" pada 26 Julai ini. Ermmm.. nampaknya semuanya berjalan lancar.
12.30, saya terpaksa bergegas ke Pejabat SUK untuk menghadiri Sidang Media bagi program SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA yang akan berlansung pada 1-9 Ogos di sekitar Bandaraya Shah Alam. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.lamanbudaya.blogspot.com/
3.30, saya bergegas ke TSSB untuk bebincang mengenai persiapan SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA. Kami penuh berharap agar program ini berlansung dengan jayanya.
3.34,rasa terkasima seketika bila mendapat perkhabaran dari teman2 media yang mengatakan, pengarah tersohor Yasmin Ahmad koma apabila terkena strok semasa membentangkan kertas kerja di Sri Pentas TV3. Semoga Yasmin Ahmad, cepat-cepat sembuh kerana Malaysia memerlukan karyawan seperti anda. Amin...
6.30, saya meneruskan petang ini ke Miza Kopotiam untuk berjumpa dengan CEO muda dari PR organizations bagi bertukar pandangan dan input terkini. Semoga terus sucsess. InsyaAllah.
Comments