Posts

Showing posts from 2008

Welcome 2009!!!

Goodbye 2008 and welcome 2009! Just start the New Year fresh and focused! How can we slow down when the world is moving so fast??? Wishing all friends a happy and prosperous new year… I am sure everyone has resolutions for 2009… erm what do you want your life and business to look like? Who do you need to be to make it happen? Huh! Transform +Action + Implement!!! My new resolutions are to be a better person (huk2) ….. However, I also have Professional, Personal and Industry resolutions. My wish for 2009: PROFESSIONAL: In 2009, my professional goal is being a good officer. I also plan to further Master in Corporate Communications or Public Relations studies. Anyway, I hope to achieve all aspects of success in a lot of different areas and remain being PR practitioner. PERSONAL:Remain happy, healthy and employed! More travel and spice up my life without cross the line. I'm looking forward to the New Year. I'm not looking back any more. To remember, especially in this difficult eco...

Dari Jendela 2008

Waktu yang berlalu itu meninggalkan kita, samada kita menggunakannya dengan penuh hemah atau tidak, samada kita suka atau tidak ia tetap berlalu! Sepanjang 2008, saya tempuhi dengan penuh cabaran. Tentang diri, kerjaya, masa depan, keluarga dan persahabatan menjadi satu sinergi! Syukur pada KHALIK kerana memberi peluang untuk berkhidmat dengan Pembesar Negara, Ahli-Ahli Politik dan Korporat, saya menggunakan peluang yang hampir 2 tahun itu dengan sebaik-baiknya, betapa mahal pengalaman itu!!! Walaupun sayang dan tebalnya rasa cinta dengan kerjaya itu, saya perlu melangkah jauh untuk memperbaiki kualiti hidup, kena mara ke hadapan dan bersiap siaga dengan cabaran-cabaran baru dan saya akan menggunakan peluang yang baru ini dengan penuh hemah dan hikmah. Tidak dinafikan agak payah untuk menyesuaikan diri di tempat baru pada awalnya. Namun saya harus berani melawan rasa kepayahan itu! Hampir 4 bulan berkhidmat di Jabatan Korporat MBSA, saya perlu melestarikan rasa cinta pada kerjay...

Huru-hara…. Owhh :(

Life aku memang kelam kabut sket lately ni… byk dugaan datang.. minggu lepas memang sakit, kena demam teruk.. 3 kali jumpa doctor.. demam seram sejuk, Alhamdulillah bukan Denggi.. mungkin stress kot??? Gasrtik pun ada, huh.. ari tu kuar darah kat hidung.. panas dalam.. aku kena kuat, kena rajin makan ubat sebab byk benda aku nk kena buat.. sampai hari ni pun am still in recovery. Kepala otak memang pusing cari umah sewa baru… bukan senang nk cari yg betul2 n find a gud housemate… huh memang gilosss! Hati ni memang hangin kat owner rumah skung.. almost 2 years aku n kekawan bersabar.. tapi kali ni memang aku nekad nk blahhh…. Ujang memang cilaka punya olang.. lu memang manusia jahat dan keji! Idup lu menyusahkan kitolang suma… lebih baik mampus.. (maaf sebab gunakan kata-kata kesat).. Aku struggle dapatkan umah sewa baru n iklankan untuk cari housemate.. buat interview suma…. TQ GOD… semalam settle suma, after dapat umah sewa baru yg selesa n housmate pun ok.. hati lega… harap chapter 2...

Band Idol & Juara Karoeke… (20 Dec)

Alhamdulillah.. akhirnya event penutup 2008 bagi Bahagian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA berlansung dengan jayanya! Walaupun pada awalnya terdapat sedikit kekangan namun ia langsung tidak mematahkan semangat! Tahniah kepada semua pemenang!!! Sebagai Pegawai yang mengetuai Bahagian ini, saya perlu bersungguh dan memandang setiap kekangan itu dari sudut positif. Rasa penat berbaloi apabila kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh rakan sekerja sangat membanggakan. Terima kasih tidak terhingga pada warga kerja Jabatan Korporat terutama BKK&P. Tahun 2009 bakal tiba, semoga cabaran-cabaran baru akan ditempuh dengan penuh hemah dan hikmah. Dalam memenuhi obligasi sosial kepada warga Shah Alam, saya dan team BKK&P Jabatan Korporat MBSA akan tampil dengan program2 menarik untuk anda!!!

3H 2 malam (6-8 Dec)

Image
Lama tak pegi bercuti… hari raya AIDILADHA is coming.. tahun ni aku x balik KB, coz I’ve a few things need to do..dah tefon my mum untuk mintak maaf.. Sori to my bro Kuto, Johny n Che Su, my sis Jaja, Jiti & Kak Mah.. i cant spent time wit u all for dis time.. hehe.. Jime will back to KB on Jan 6… Pagi Sabtu, Malaysia dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang amat dasyat di Bukit Antarabangsa.. teringat kepad kawan2 yang tinggal kat situ, Alhamdulillah mereka semua selamat.. melewati tragedi Higlands Tower sedikit masa lalu, seolah-olah drama itu berulang. Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban. Selepas Zohor, aku, Aril n Safwan bertolak ke PD.. huuh jalan pun quite jamm. Singgah di Senawang amek Nik.. am trying to call Tedy but his not answer. Lepak2 di PD akan jadi lebih bez kalu ada Tedy… Kitaorang menginap di Le Paris Hotel&Resort, yup..quite pleasant. Tuntasnya, 3H 2 malam memang bez, mandi-manda, skodeng (ha..ha), makan2, BBQ, solat Raya di PD & lepak2+jalan2….. h...

Sekitar Istiadat Konvokesyen Safwan

Image
TAHNIAH untuk Safwan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM! Tirai November saya labuhkan dengan cerita kejayaan Safwan. Saya bersama Azril dan Nik Ahmad Nizam berkesempatan ke Istiadat Kovokesyen tersebut sebagai tanda sokongan dan jemputan. Sebagai kawan dan mantan YDP JPK UiTM saya merasa bangga dengan kejayaan anda dan rakan-rakan yang lain. Tahniah juga untuk Fariza, Tun Faiz, Umi, Eton dan lain2! Walaupun dek kesibukan dan “terbeban” dengan tanggungjawab kepimpinan, Safwan yang kami selalu gelar sebagai “gifted person” menamatkan pengajian dengan keputusan yang sangat cemerlang. Memperolehi Anugerah Dekan setiap semester melayakkan beliau menerima Anugerah Naib Canselor dan pelajar terbaik. Membina kareer sebagai Juruaudit di Firma terkenal PWC, bicara Safwan “aku nak cari pengalaman, then ke oversea untuk getting experience kat sana plak.. huh..balik nanti.. wanna being a professional accounting”. Bro.. moga2 cita2 ko tercapai bro!!!

Huh.. recession of economy???

Huh… our economy will be recession after Chinese New Year and the recession can be worse than 1998? :( Bad to hear that! Last Tuesday ASIAN stock market tumbled as fears of painful global recession were reinforced after US Banking giant Citigroup slashed 50,000 jobs and the financial crisis showed no sign of easing. We are quite happy when the price of petrol down by 15 cent last two days. No more subsidizing for fuel at pumps soon? However, the RM 625 road tax rebate scheme for cars and RM 150 for motorcycles that was handed out from June may also be stopped before its due end in March next year. Really??? Good news when Government also announced that reduction of price for 5% and 10% broken rice. Erm.. this is showed that Malaysia is strengthen? Huh.. bengong.. yesterday morning am stopped at new gerai nasi lemak utara in section 2. I not expect my nasi lemak biasa has been charged RM 4.00. Huh… Very expensive, yup this is my first and last time I buy a Nasi Lemak Utara. I love to sa...

Sekadar memenuhi undangan...

Image
Salam.. huh agak buzy ngan keje, proposal, mesyuarat + minit mesyuarat dan event. Baru2 ni saya sempat memenuhi jemputan ke ASK. Sekadar untuk relaxs seketika sambil berjumpa rakan2 media, PRO-PRO dan teman2 lama yg berkecimpung dalam dunia glamour. Ha..ha ada bahagian masing2. Itukan kerja…lakukanlah dengan ikhlas!! Kata Farid Kamil (Tort) aku dah gemuk.. dia pun terkejut.. huk2 biasalah bila umur makin senja.. xpe. Asal jiwa muda, pasti life gumbira.. Sekadar contoh reporter Zulfian Isma Mirza dan Ku Ars Azmand.. jiwa mereka selalu muda walaupun usia mereka memang senja.. Aku tahu apa rahsia mereka!!! Mengenai ASK.. agak sederhana dan mempunyai kelas tersendiri. Hiburan yg disajikan agak menarik untuk halwa telinga. Post Party??? Yup not bad…. ada sesuatu di situ..

Owh NoVeMbEr...

Saya kembali diruang sempit ini, lama menghilang... banyak perkara yang berlalu lewat waktu ini. Maafkan saya kerana ada yang tertanya-tanya ke mana Fahmee??? kenapa sepi??? Pantas waktu berlalu, November telah menerjah.. semoga hari ini, esok dan akan datang adalah yang terbaik untuk kita semua.

Bicara Hati...

Salam untuk semua.. lama saya menyepi, bukan menghilangkan diri tapi kerana beberapa sebab tertentu saya sepi seketika.... bermain dengan emosi kadang2 sangat sulit! rasa sedih dan perasaan ni berbaur... memang hati kena tabah.... Namun begitu, hati ni kena kuat! biarlah ada badai yang menerjah... kena lalui dengan tenang.... Untuk semua, sahabat2 tercinta, terutama keluarga PROTOKOL saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir& Batin... sokongan kalian saya hargai dengan penuh kerendahan hati! Berat untuk meninggalkan keluarga PROTOKOL.. tapi saya kena akur dengan perjalanan hidup. Demi peningkatan kerjaya saya kena melangkah.. saya terima ini sebagai cabaran baru dan rintangan2 yg bakal tiba itu saya kena lalui dengan penuh hemah. Menjadi Pegawai Eksekutif Protokol Negeri Selangor memberi pengalaman yang amat2 berguna dalam hidup. Bukan senang berdepan dan berurusan dengan para pembesar Negara dan delegasi luar... percayalah.. inilah pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup....

Salam Kemerdekaan dan Selamat menyambut ramadhan...

Bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam telah berlansung sambutan ambang kemerdekaan dan perarakan pembarisan... memang meriah walaupun ia agak sederhana, kesungguhan yang ditunjukkan wajarlah diberi ucapan tahniah dan dihargai.. Di sebalik kesibukan ini, rupa2nya dis is my last assingment kat SUK.... sedih rasa hati, tapi diri kena kuat... bermula 2 September saya akan berpindah ke Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam... saya akan bermula dengan tugas dan cabaran yang baru... semoga saya mampu menghadapinya... Cepat waktu berlalu, ada suka dan duka.. semua tercoret indah... kadang2 hati kecil ini pernah merintih... namun bila kita yakin pada Khalik yang esa.... maka percayalah penghujungnya adalah indah... sesungguhnya DIA tidak pernah menyalahi janji....

Doa untuk arwah Shafiq... Al-Fatihah

Semalam ketika Shah Alam masih gerimis, khabar duka dibawa oleh Afiq Luqman... bicara Afiq dalam nada perlahan, teman seperjuangan lewat di Kolej Kediaman Meranti UiTM dulu telah pulang kepada pemilikNya. Shafiq Ali Nopiah anak kelahiran Negeri 9, meninggal akibat kecelakaan jalan raya di Sabah. Teringat cerita lama, di Kolej Meranti, UiTM... Shafiq dikenali sebagai "geng 4".. saya pernah tersentak Shafiq yang pendiam rupa2 nya penentang saya dalam dunia politik kampus.. Bertindak sebagai perisik Razi Jafar (kini anggota polis) dan Shahrizal Isa (manusia yang payah menerima maaf) saya terima sebagai persaingan yang sangat positif... demi untuk Meranti dan UiTM... saya kekal menjadi Yang Dipertua.. sebab ramai yang tahu kita memang ikhlas untuk berbakti... Shafiq seorang kenalan yang baik, suka membantu dan juga bagus dalam akademik. Semoga Shafiq tenang di sana..... semoga Khalik yang Esa tempatkan Shafiq dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....

Congratz Mr Mdan&Ac

Image
Melewati Bandar Tasik Puteri, Rawang bagi memenuhi undangan perkahwinan rakan baik, Hamdan Ismail dan Asilah. Cepat benar masa berlalu.. sangat singkat. Hey bro!!! congratz bro! Mdan yang Fahmee kenali adalah seorang yg sangat nekad dalam hidup… after he quit his studies from UiTM, Mdan further at UNIKL, Lumut Perak..now he futher his Degree+Master in Scotland… balik nanti jadi lec kat UNIKL.. Masa kat UiTM memang banyak sangat dugaan.. dia nekad dengan keputusan untuk berundur dari bumi UiTM.. bekas pemain hoki Universiti ini juga berkali-kali menghadapi saat getir dalam hidup dan percintaannya dengan AC (nama manja untuk Asilah)… teringat saat2 bila Fahmee menjadi pengangkat telefon Mdan… yup, every 10 minit Ac akan call.. huh poning dibuatnya.. Ac, tq sebab kirimkan choclate pada Mdan untuk Fahmee. Saya tahu, Mdan pernah rasa kecewa, bila Fahmee tidak mampu untuk menolongnya dalam beberapa hal.. saya mintak maaf!!! saya berpegang kepada kata-kata Mdan lewat waktu dulu..”Mee, ko saha...

Huh.. EnjoY MY SeLf..

Image
Lama benar x rehatkan minda... sekali sekali main bowling, layan life band n karaoke bez gak.... harap2 ada rezki dapat gi bercuti jauh sket...

Pusing2 Cari Makan...

Image
Ramai yg cakap aku put in weight.. tembam.. huk2, ada gak yg suruh aku diet.. tapi lately ni aku suka makan... xde orag teman pun, makan sorang2 pun jadi.......... cool

A Charity Dinner Show 2008

Image
Terima kasih kerana mengundang saya ke majlis show amal yang bertempat di Holiday Villa. Rasa tehibur dengan persembahan Adibah Nor, ternyata Adibah pandai memainkan peranan sebagai emcee dan penyanyi pada malam itu! Kehangatan majlis bertambah apabila giliran Anuar Zain mengambil tempat.. ternyata alunan vokal Anuar sangat mantap! Apa2 pun saya rasa terhibur pada malam itu...

WORLDWIDE SELANGOR MASTERS 2008

Image
I would like to congratulate the Selangor State Government for the initiative in organising the Worldwide Selangor Masters and Pro-Am from August 6 to 10,2008 at Seri Selangor Golf Club. T OURNAMENT INFORMATION: PRIZE MONEY : RM 1 Million (Approx USD 310,000) SANCTIONING BODIES : ASIAN TOUR TOURNAMNET DIRECTOR : David Parkin

Jom makan buah bersama Y.A.B Dato' Menteri Besar

Bertempat di dataran Dewan Undangan Negeri, Pejabat SUK Negeri Selangor telah berlangsung pesta jom makan buah-buahan tempatan bersama Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor. Turut serta ialah Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli (MMKN), S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, dif-dif jemputan, delegasi dari Africa, dan hampir 1000 lebih warga kerja di Bangunan SUK. Walaupun hujan mula renyai, dek aroma durian, kelazatan manggis, rambutan dan langsat warga kerja tetap bersemangat menikmati buah-buahan tempatan. Huh, saya sendiri kekenyangan dengan buah-buahan tersebut. Memang sedap!!! Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan pesta buah-buahan tadi. Saya beranggapan, ini merupakan satu langkah positif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengeratkan hubungan Pentabiran Kerajaan Negeri bersama warga kerja. Tahniah!!!

iKhLaSkah CiNtA???

Kesian ZK, dia memang pasrah bila orang yg tersayang berubah hati. Luahan ZK dalam SMS menggambarkan dia rasa kecewa! Cinta yang bermula di Sek Men Sains Muar mula2 kecundang... tapi beberapa bulan yg lalu cinta itu berputik semula. Terelaraikah rindu dendam bila bertahun-tahun tidak berjumpa?? Bicara ZK, seorang usahawan muda... hatinya girang bila si dia muncul kembali... warna2 hidup umpama pelangi indah. Semangat ZK memang tinggi, nekad dalam perniagaan dan sedaya meraih cinta! dulu dia pernah dikecewa.. katanya hati sakit bukan kepalang... saya kurang mengerti, dalam sesingkat ini ZK telah byk berkorban untuk membina cintanya.. perhatian+masa+wang ringgit+kasih sayang sedaya dicurahkan.... apa lagi yang si dia mahu??? dalam sesingkat ini juga si dia berubah bila ada orang ke 3.. ikhlaskah cinta??? Buat ZK, saya percaya anda seorang yang tabah dan bercita2 tinggi.. tak usah bersedih, jgn biarkan hati2 kecil kita lara... perjalanan mesti diteruskan!

Syukur pada KHALIK

Alhamdulillah, syukur pada KHALIK yang Maha Esa kerana DIA tidak pernah menyalahi janji. DIA Maha mendengar! Rasa hepi sgt2 bila "si pencuri" itu telah memulangkan kembali jaket kesayangan saya. Selepas saya bersemuka dengan "si pencuri" itu, dia mengaku dan meminta maaf akhirnya! saya bukanlah pendendam dan hati juga lega bila dapat memaafkan orang. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan lebih mengahargai apa jua yang saya ada!

Sekitar Perlawanan Chelsea dan Malaysia

Image
Lama tidak menulis dek kesibukan. Huh..hujung minggu pun dipenuhi dengan jadual yang padat. Malam semalam, saya bertugas di perlawanan Chelsea dan Malaysia. Rasa teruja bila bintang2 terkenal Chelsea mengambil tempat, apatah lagi saya dapat menyaksikan perlawanan dalam “view” yang baik. Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah DYMM Sultan Selangor, KYDMM Sultan Pahang, TYT Terengganu dan hadir sama ialah SUK Selangor, Menteri Belia dan Sukan dan dif-dif kehormat yang lain. Tiada kejutan terjelma ketika kesebelasan negara sekadar berjaya mengekalkan kekalahan kepada angka layak dihormati apabila kecundang 0-2 kepada gergasi bola sepak Inggeris, Chelsea dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam. Kegigihan memang nampak, ketika jurang dan beza bagaimanapun tampak ketara untuk kelab naib juara Liga Perdana Inggeris itu mudah melengkapkan misi melakar kemenangan ketiga sebagai menutup rekod sempurna jelajah Asia mereka.

I miSS u guyS!!!

Image
Hampir 2 tahun tidak bersua, rasa rindu mula bertandang, ia susah ditafsir kerdilnya jiwa… Kenangan waktu belajar adalah sesuatu yang indah! Bila diri menginjak dewasa.. maka ruang untuk bersua makin terbatas.. . Inilah wajah2 “PRO” graduan Bachelor of Mass Communication with Honours (Public Relations) UiTM . Sedikit tentang mereka, ada yang sudah menjadi raja sehari, ada baby comel dan ada yang bakal memadu janji.. Tentang kerjaya? Felani further Master di London, Kohar seorang Usahawan berjaya, Ikin di (PNB), Fiza (MAXIS), Erin (KEJORA), Bell (BERNAMA), Mahani (MAJUIKAN), Nonoi (OIL&GAS), Ila (TNT), Kak Udin (UDA HOLDINGS), Che A’ (MAYBANK), Nini (ASTRO), Yati (SUK), Ira (ASIA PR), Lyn Junior (TNB).. ermm the rest I’m not so sure, coz dah lama tak dengar khabar! Jika masa milik kita, biar sampai bersua lagi… selamat maju jaya untuk kalian!!!

"Ever After Celebration"

Image
Congratz to Amal & Fina

Hujung minggu...

Sabtu 12/ 07 Huk2.. pagi2 dah nak kena gerak ke Glenmarie, yup kena service kereta gak! dah berapa kali delay.. jenuh menunggu, bout 12 tgh hari baru siap.. perut pun dah lapar dowh.. gua ngan Aril have lunch kat Gembira sek 3.. foods dia not bad la.... dalam 3.15pm Cik Azah datang amek kitorang kat umah.. saje2 gi window shopping kat Sunway.. waa.. mata pun dah mula rabun, dari nak window2 shopping, kopak gak dalam RM400 coz beli new jeans+shoes+belt... orait la tu RM 400.00 untuk 3 item.. nasib baik ada sales... kalau tak kempunan gak gua.... dalam 6.30 pm chowww from Sunway.. gua, Aril & Che Azah singgah di Miza Kopitiam Sek 7.. Saje2 minum petang. Huh..nasib malang sket ar, laksa kat Miza Koptiam dah x kitz lagi.. tawar semacam jer... jimat garam ke???. Malam tu, dalam kul 10 lebih.. sempat lagi take a way Mc D.. uikssss.. macamane x boroiiiii? hik2.. :0 Ahad 13/07 Sunday yang malas....... tapi arini saya keje maaaa.. 9 a.m dah kena gi rehearsal untuk event kat Dewan Jubli.. ...

PulaNGkaN!!!

Dalam diri perasaan marah dan sakit hati memang tebal! tido pun terganggu dek kehilangan benda yang kita sayang! kepada si pencuri itu, pulangkan milikku kerna kali ini aku akan jejakki kamu dengan apa cara sekalipun!!! kali ni memang saya x boleh bersabar dengan manusia yang berwatak syaitan, hidup meyusahkan orang lain... Beberapa bulan yang lalu saya bersabar bila kasut sukan dan kasut kerja hilang di dalam rumah, yang herannya kasut2 yg lain x diusiknya, "anjing" memang licik, dia menghidu dan kebas kasut yang berjenama sahaja! saya x suka menuduh lalu diam sahaja... 3 hari yang lepas, barang makanan saya pula diambilnya, choclate, biskut, sardin, instant mushroom soup turut jadi mangsa "hantu raya"... kali ni saya kenal "hantu raya" tu.. terus dalam benak minda, adakah dia si" anjing"??? Last nite, i went to pharmacy, buy a few things.. then having dinner in sek 3.. at 10p.m memang dah sampai umah.. terkasima bila my luv jacket hilang kat da...

hUh GoSiP...

Image
Meeting juz finisned about 7 p.m, today is my turn to park my BJV inside..bengong betul si Rauf, tup2 kereta dia pulak yang masuk, xpela.. i ni jenis yang banyak tolerated ngan kawan2! biasalah hidup bujang.. tambah2 si Rauf dikenali dengan manusia yang berwatak emosi, suka menang dan mengaku bijak (itu kata dari kawan2 serumah) hu..hu Fahmee x mahu bertekak atau cari gaduh!!! Having dinner with rakan2 reporter di Gembira SEK 3.. Ku Ars & Zulfianismamirza, reporter politik dan sorang lagi majalah hiburan... suka bangat bila ada PC... so mcm2 gosip yang keluar.. owh baru tau artis tu.. wow lebih dasyat ahli politik tu ada skandal ngan.... siap dengan bukti2 yang jitu.. erm, lets their be... saya suka menjadi pendengar yang baik, as a PR practitioner i do like to keep everything in secret! Lately memang busy.. kena cancel a few gathering... opss! Shah Alam dah kembali kalut, bising dan sesak. Jumlah student UiTM menjadi-jadi.. ramainya bukan kepalang, alahai Dato' VISI.. imbang-i...

FITNAH – Siapa yang rugi dan siapa pula yang bertepuk tangan???

Malaysia hari ini diselimuti dengan PERBUATAN fitnah-memfitnah! Ia kejap dan seolah-olah menjadi makanan ruji oleh insan-insan durjana yang hati mereka begitu busuk. Andai dicincang tubuh manusia-manusia itu, anjing kurap pun tidak selera dengan daging hamis dan kotor itu! Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika yang mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya fitnah adalah perbuatan tercela dan dilarang keras. Firman Allah bermaksud: "Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat 191). "Lantaran terlalu banyak perkara palsu serta pembohongan dalam fitnah itu, pembuat fitnah biasanya “menyembunyikan” dirinya supaya tidak diketahui orang kerana ia tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatannya itu adalah palsu belaka. Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu oleh orang yang menyebarkannya. Sebab i...

Piala Sultan Selangor kembali ke “Merah Kuning”

Malam tadi merupakan kali ke 2 saya bertugas untuk menguruskan hal ehwal protokol dan majlis di Kejohonan Piala Sultan Selangor. Lebih manis apabila tahun ini SELANGOR menjuarai Piala Sultan Selangor 2008 selepas menewaskan Pilihan Singapura 4-3 menerusi sepakan penalti, apa yang penting Selangor berjaya mengekang pelawat daripada mencipta hatrik kejuaraan di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor memastikan kejuaraan apabila penjaga gol, Suffian Abdul Rahman menyelamatkan sepakan penalti Shahril Ishak untuk membolehkan Selangor menang 4-3. Terdahulu dalam perlawanan pembuka tirai, Veteran Singapura menewaskan Veteran Selangor 8-7 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2. Syabas untuk ‘Merah Kuning’!

Penghujung Jun yang "cemas" & Huh dah Julai???

30 /O6 Penghujung Jun yang tidak baik! 30 Jun, rasa separuh nyawa bila terperangkap dalam lift! Hampir 1 Jam terpaksa menendang pintu dan kiri-kanan menekan loceng kecemasan. Rasa cuak bila 2 lampu terpadam, lebih malang bila handphone xde coverage.. 012 dan 013 x bermakna time kecemasan macam tu, sekadar dipandang sepi. Hati rasa gundah dan tiba2 minda teringat bonda dan kawan2 tercinta! Huh… penuh emosi.. Dari 7.15 hinggalah 8.10 minit baru bantuan “penyelamat” sampai. Memang x bermaya tapi dalam hati timbul rasa geram kepada pak guard kena time kecemasan dorang boleh tido plak… Kerana rasa tidak selesa, tambahan pula kondisi diri yang tidak stabil, mesyuarat pagi tu terpaksa saya kecualikan.. perlu rehat secukupnya coz ptg tu kena ke Putrajaya untuk meeting yang lain. 1/O7 Hello Julai.. Hari yang sangat busy!!! Mulakan hari dengan ceria… breakfast with milo+nasi goreng Palikos. Sepatutnya kena jaga Kaunter MES, ikut giliran yang ditetapkan. Sori kekawan, saya terpaksa excused coz pa...

S.K.A.N.D.A.L.

Image
Kata Qistina.. dia terjerat dengan skandal seorang kenamaan.. Pertemuan tidak sengaja di Pavilion mengheret Qis ke situasi yang kalut! Memang x nafi Qis memang cantik, manja dan pandai berbicara. Kalau x, takkan Haziq jatuh cinta? Akhirnya mereka disatukan.. penghujung tahun lepas sempat saya ke majlis resepsi mereka di sebuah hotel mewah Kuala Lumpur… cerita dari teman2 mereka sangat bahagia! Sungguh aneh… sedang Qis terjerat dengan skandal VIP.. Haziq pula sakan bercinta dengan seseorang.. hati saya menduga bila saya terserempak Haziq di KLCC… Haziq merangkul kemas temannya.. saya terkasima bila mendapat tahu temannya itu “perempuan jadian”… What happend Haziq??? Haziq.. kesian Qistina… Haziq kena ingat tika ini Qis sedang mengandung zuriat anda! Untuk Qis.. jangan silap langkah nanti terjerat lagi.. Khabar dari ZK, dia sedang bercuti dan menikmati saat-saat bahagia! Kata Mr Fiq, dia sudah penat dengan skandal-skandal yang dicipta dengan wanita kota… Bicara Wanda….. dia pun x sabar m...

Selangor Masters - 2008

Petaling Jaya, June 24: The Selangor Masters will make its debut on the burgeoning Asian Tour from August 6 to 9, 2008 and offer a lucrative RM 1 million (approximately US $ 310,000) in total prize money, organizers announced today. Asia’s top stars including Malaysian stalwarts Airil Rizman, Danny Chia and Iain Steel will assemble at the challenging Seri Selangor Golf Club, Malaysia’s first bonafide public golf course, to challenge for the newest trophy in the region. It will be the first time that the Selangor State Government of Malaysia will back an Asian Tour tournament which will reach millions of television viewers through a one-hour highlight show beamed via ESPN StarSports, the Asian Tour’s broadcast partner. The inclusion of the Selangor Masters is a momentous occasion as it will lift the Asian Tour to unprecedented heights where the new tournament will swell its Schedule to an all-time record of 29 tournaments offering over US $ 38 million in prize money. “On behalf of the S...

Sempena Sambutan 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Image
Jumaat lepas.. jadual yang sangat padat! Menuntut komitmen yang jitu bagi memastikan Sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan negeri Selangor berlangsug dengan jayanya.Majlis yang berlangung di Stadium Shah Alam itu turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Y.B Lim Kit Siang dan Y.B Mohd Amar Nik Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan dif-dif kehormat yang lain. Lebih 40 ribu rakyat Selangor membanjiri Stadium pada malam itu. Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam ucaptamanya telah mengumumkan tujuh dasar baru Kerajaan Negeri yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat di negeri ini.Tujuh dasar itu ialah bekalan air percuma 20 meter padu, program peningkatan hasil daripada bahan batuan dan mineral, tabung anak kelahiran Selangor, hadiah anak masuk universiti, caruman takaful dan perubatan percuma warga emas, pusat khidmat krisis sehenti (OSCC), dan tabung pendidikan anak-a...

SAPP : No-confidendence vote to PM

Sabah Progressive Party (Sapp) announced that it would move a no-confidence motion against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi when Parliament resumes on Monday. For the second time in his career, Yong declared he was leaving a governing majority because of a purported loss of confidence in its leaders. After weeks of haggling with the Federal Government, his decision to pull his support for the prime minister did not come as a surprise.In 1994, he had abandoned the Parti Bersatu Sabah (PBS) president and then chief minister Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, who was instrumental in bringing him into politics.

Kelantan- 5H 4M

Walaupun bercuti singkat tapi ia cukup bermakna… girang dapat bersama bonda tercinta. Jaja pesan, balik ni kena rajin2 sket coz nak buat kenduri kesyukuran untuk baby Jaja.. Raif Danish.. si kecil yang sangat comel. Kelantan yang tenang…. Huh,time ni la nak makan puas2… dalam 2-3 hari ini sempat juga menjamah nasi kerabu, ikan percik, rojak Kelantan dll…sodap!!! Sabtu - sempat singgah di Pasar Siti Khatijah untuk beli ole2 kepada kekawan. Petang tu, singgah sekejap di Pantai Sabak… Dulu laut itu sangat tenang…. tapi bila ombak mengganas semuanya dihempas.. wajah tenang Pantai Sabak telah bertukar muram nan duka… lnilah kejadian alam… Pinta pada ombak… jangan mengganas lagi kerna nelayan di persisiran perit dalam ketakutan.. Sebenarnya, ada perkara yang belum tertunai.. dek kekangan masa... maka ia tertangguh lagi. Ahad yang dingin.. berat untuk mengucapkan selamat tinggal pada Bonda tercinta... ketemu lagi nanti! ingat anaknda dalam setiap doamu.. Perjalanan dari KB ke KL hanya mengham...

Malam Apresiasi

Image
10 Jun -Terima kasih diucapkan kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor kerana mengadakan malam apresiasi kepada semua warga kerja yang telah menjayakan Persidangan DUN yang ke 12 tempoh hari. Majlis yang diadakan di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar itu juga turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri dan dif-dif jemputan. Majlis bertambah meriah apabila Y.A.B Dato’ Menteri Besar sudi untuk menghiburkan para hadirin dengan 2 buah lagu.

Malam Karyawan - Memperkasa Budaya

Image
Betempat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam... dihimpunkan ratusan seniman, karyawan dan budayawan negara... malam itu adalah untuk mendengar wacana kebudayaan, dari golongan politik dan wakil masyarakat kebudayaan sendiri. Mungkin ini adalah usaha untuk menggerakkan inisiatif memperkasa budaya di Malaysia. Best gak apabila duduk semeja bersama Ikon Fesyen Bernard Chandran dan penggiat seni Zahim Al Bakri.. Sekurang-kurangnya boleh bertukar pandangan. Malam itu diserikan dengan persembahan puisi SN Datuk A.Smad Said, persembahan teater dan lain-lain... Penghujung majlis adalah ucaptama Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu undangan khas pada malam itu. Bak kata DSAI "pertemuan pada malam ini diharapkan memberi dampak positif dan membuka ruang kerjasama yang lebih luas kepada semua pihak"....

Takkan Melayu Hilang Di Dunia??? - Dari Mata Hati

Saya meluangkan masa ke Debat Agung, “ Takkan Melayu Hilang Di Dunia ”- Realiti atau Fantasi pada 6 Jun lepas yang bertempat di Dewan MBSA Sek 11 Shah Alam. Teruja dengan panel debat yang tediri daripada YB Tn Haji Yaakob Sapari (Exco Kerajaan Negeri-PKR), YB Razali Ibrahim (UMNO) dan Prof.Madya Dr.Agus dari UKM, saya menjangkakan ia satu debat yang hangat! Pertemuan ini perlu dilihat dalam aspek yang positif dalam usaha memartabatkan kembali Melayu selepas runtuhnya kota Melaka pada tanggal 1511. Usah prejudis dan wasangka buruk! Pada malam itu semuanya umat Melayu yang sama agama dan bangsa. Rumpun Melayu yang terdiri daripada bermacam kawasan dan daerah. Usahlah bergaduh dan menghancurkan bangsa kerana fahaman sendiri. Malam itu kian hangat apabila watak-watak yang emosi bangkit bersuara. Sekadar mengambil contoh beberapa watak : 1. Sangat kelakar apabila seorang peguam yang kononnya 27 tahun mengamalkan undang-undang, kaya dengan pengalaman hidup tetapi sungguh malang apabila berhu...

Kenaikan harga minyak, rakyat terjerat!

Kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara. Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung. Pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari. Lazimnya, apabila harga bahan bakar naik, kesan kepada kos kehidupan akan melambung dan inflasi meningkat. Sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan. Negara India yang bukan negara pengeluar minyak hanya menaikkan harga petrol sebanyak 10 peratus hari ini. Kenaikkan harga minyak adalah satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat. Kita dihadiahkan den...

MEI yang berlalu...

Sat,31 Mei- I had canceled my leisure time with my bro Zulfianismamirza n Ku Ars… Today I have to accompany my fren to go to her new house… Having lunch at Jaring, Sunway… not bad! What next? yup, long time not shopping for myself… jus buy a new watch n t-shirt (budget still under control, below 1k) 4.30 pm??.. Saya kena singgah gak umah my bro, kena antar tiket flight dia.. Nasib baik my bro ada kat umah, huh..my bro baru habis seminar bersama Tun Mahathir.. dia cter pasal adik Bnin.. Mengenai Bnin… “sorang budak nakal+sosial yang lari dari umah akibat merasakan diri sudah tidak disayangi oleh ibunya. Kisahnya mudah, jiwa remaja Bnin x dapat menerima teguran dan cubitan dari insan yang bernama ibu. Bnin merajuk dan membawa hati ke BTS Kuala Lumpur dan tinggal bersama kakaknya. Hati ibu mana x rindu pada anaknya? Bnin budak mentah baru berumur 16tahun tapi senang dipengaruhi.. Bnin pulang ke KB untuk menjadi budak yg baik.. He changed a lot! Ibunya senang dengan “Bnin” yg baru.. x...

Congratz to u my lovable sis (Jaja) & my fwen (Mdan&Izad)

Malam tadi rasa teruja bila dapat bersembang secara maya dengan kawan baik yang berada di Scotland... huk2 MR Hamdan, time is fly.. Dah nak kahwin???studi x habis lagi??? Baguihhh.... Mdan cakap kalau fahmee tak attend wedding ceremony dia dis coming soon August.... "ko kawan baik yang sangat kejam".... ha..ha... :) "Mee, ko jgn lupa tulis dalam diari siap2" itulah antara arahan dan permintaan Mdan. InsyaAllah i'll be there. Pagi ni, i'm excited when got call from my fwen Mr Shahrul Izad, PR Senior Exec di KDEB.... Bro........ lu pun dah nak kawen??? congratz bro... TQ for the invitatation.. so fahmee? when u want get married? Frankly speaking... i want build my career first.. ada rezki nanti akan tiba saat itu...."tiba..tiba hati teringat pada seseorang".....??? About 3.45 pm,my bro message me n he said my lovable sis Jaja juz got a baby boy... (1st baby).... congratz!!!

Learning to be Humble.....

Image
"It's hard to be humble," says an old country song,"when you're perfect in every way." Very few people, of course, actually think they're perfect in every way, but it can still be pretty hard to be humble, especially when you live in a society that encourages competition and individuality. Even in such a culture, however, humility is an important virtue. Learning to be humble is of paramount importance in most religions and spiritual traditions, and humility can also help you develop as a person and enjoy richer relationships with others.

Catatan dari Carlton Holiday

Terima kasih kepada pihak SEKTORAL, Unit Perancang Ekonomi Negeri kerana mengundang saya sebagai penceramah bagi kursus yang dianjurkan kepada kakitangan jabatan. Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dengan mereka, saya memenuhi dua slot iaitu Imej dan Kemahiran Bersosial Komunikasi Berkesan - Etika komunikasi, Khidmat Pelanggan, Etiket Perbualan Telefon dan Perihal Pengacara Majlis Kursus yang diadakan pada jam 9.30 pagi -5.00 petang itu juga memberi satu inspirasi kepada saya untuk terus memperbaiki diri dalam pengucapan awam dan akan terus berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua.

Selamat Bersidang Ahli-Ahli Yang Berhormat!!!

Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ke Dua Belas telahpun bermula pada 21 - 23 & 26 Mei 2008 sebelum ia ditangguh pada suatu masa yang ditetapkan. 'Live Streaming' persidangan boleh diikuti dengan melayari portal kerajaan Negeri Selangor.

Catatan dari Concorde, Shah Alam

Image
Majlis Santapan/Jamuan Makan Malam Sempena Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor Yang ke-12 telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. D.Y.M.M Sultan Selangor telah berangkat tiba pada jam 8.45 malam. Majlis pada malam itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan. Pada majlis yang sama, D.Y.M.M Sultan Selangor berkenan untuk menyampaikan hadiah Acara Riadah kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Memanjat syukur pada Khalik yang Esa, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekali lagi pada malam itu, mata melirik dan meninjau-ninjau.... hati tetanya-tanya... di mana gerangan kelibat Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Proksi Pembankang?

Upacara Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor ke-12

Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Kedua Belas telah selamat dijayakan pada 21 Mei yang lalu. Upacara yang bermula seawal 8.00 pagi itu dihadiri oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan dif-dif kehormat. D.Y.M.M Sultan Selangor berangkat tiba pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan dari Tentera Laut Diraja Malaysia. DYMM Sultan Selangor menyeru rakyat negeri ini mengamalkan budaya berjimat cermat dan berharap rakyat Selangor dapat menikmati kualiti hidup yang baik. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 .

Catatan dari Istana Bukit Kayangan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada 20 Mei lepas. Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Dalam pada itu, di majlis yang sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Lot Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka. Beliau sebelum in tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji. D.Y.M.M Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali. Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ne...

Skuter ku sudah merajuk...

Selepas solat Subuh pagi tadi, hati ni teringin sangat nak pegi keje ngan skuter.. malas nak drive pagi ni. huh.. so dalam 7.15 tadi terus hidupkan engine skuter.. dahler pagi2 susah nak idup..sepanjang ni pun memang start pakai manual... minyak memang full tank, 2t memang ada.. n rasa ok la suma... dengan penuh slamber..ditemani angin pagi yang lesu dan kesibukan bulatan sek 2/UiTM... rasa macam ada yang tak kena.... my skuter mati secara tiba2 masa tengah ride.... alamak........camaner ni????? dah ler aku ni nampak jer cool tapi kadang2 gelabah teruk... alahai malang betui nasib pagi ni..terpaksala menolak skuter..jauh lak tu.. baju keje memang dah lencun.. teringat jalan short cut kat Kolej Jati... ya Allah memang sangat meletihkan.. sabar jelah Fahmee. Lega.. akhirnya aku sampai gak umah.. parking moto+tukar baju+amek kunci keter+kenala drive gak hari ni.. kat office pun bukan senang nak dapat parking.. ye la kete saban hari makin banyak wooo.... pagi2 lagi aku received call dari k...

Keberangkatan D.Y.M.M Sultan Selangor di Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Pringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah (S.W.T), dengan limpah taufik dan inayahNya,Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Selangor telah pun berlabuh tirainya bagi tahun 1429 Hijriah bersamaan 2008 Masehi. Majlis penutupan ini sungguh bermakna apabila D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan berangkat hadir. Turut hadir di majlis tersebut ialah Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor dan dif-dif kehormat yang lain. Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan In Team dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari dan Qariah. "....dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan kamu berpecah belah sesama kamu"- Al Imran ayat 103

Seminar Khas untuk Y.B Ahli Dewan Negeri Selangor

Seminar khas bagi Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor diadakan pada 8-10 Mei yang betempat di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor. Perasmian Seminar Khas itu dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. Objektif seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada Y.B Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor berkenaan perkara-perkara seperti Struktur Pentadbiran Negeri, Pembangunan, Undang-Undang Tubuh, Peraturan Tetap Dewan, Etiket dan Protokol, Komunikasi Berkesan, Akta Pencegah Rasuah, Zakat dan taklimat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taklimat ini disampaikan oleh mereka yang arif di dalam bidang-bidang tersebut. Sebagai Pengacara Majlis, saya melihat seminar ini mempunyai signifikasi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam melestarikan lagi tugas mereka. Saya hairan apabila Seminar Khas ini tiadak dihadiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dari proksi Pembangkang sedangkan ada dikalangan mereka menyatakan untuk hadir ketika dihubungi. Apa ya...

I love this book!!!

Image
A WALK TO REMEMBER (Nicholas Sparks).. l love this book very much and I has repeat a three times., hu..hu by promising that "first you will smile, and then you will cry --- don't say that you haven't been warned." A WALK TO REMEMBER is a heart wrenching account of a young, first love and the choices and steps a person will take to provide another with happiness. Devoted readers of Nicholas Sparks are already familiar with his earlier works, THE NOTEBOOK and MESSAGE IN A BOTTLE, as well as his extraordinary ability to accurately illustrate his characters and the setting around them. He finds the perfect words to describe the nature of the characters, so much so that the reader can identify with the feelings in their hearts. This book is no exception; it lets the readers explore their own feelings and memories of love. Erm.. to all my frens.. catch this book!

Catatan dari Stadium Shah Alam

Image
Malam tadi sekali lagi saya ke stadium Shah Alam. Malang buat Selangor apabila menamatkan kempen bola sepak Liga Super dengan cara paling menyedihkan apabila dibelasah 3-0 malam tadi, sekali gus menyerahkan gelaran naib juara kepada Negeri Sembilan Naza. Skuad Merah Kuning itu bukan saja gagal menduduki tangga kedua di belakang juara 2007/2008, Kedah, malah jatuh ke tangga keempat selepas dipintas oleh Johor FC, yang menundukkan Terengganu 2-1. Penyerang kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol buat Negeri Sembilan pada minit ke-44 dan 70.Penyerang import dari Nigeria, Udo Fortune melengkapkan sengsara Selangor dengan menambah gol ketiga pasukan pelawat ketika saingan tinggal kira-kira beberapa minit untuk ditamatkan. Sebagai peminat bola sepak tempatan, saya melihat ramai “pemain senior” seolah-olah malas untuk berjuang dan tahap kecergasan semakin merosot! Kalau terus begitu lebih baik saja beri peluang pada yang betul-betu...