Upacara Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor ke-12

Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Kedua Belas telah selamat dijayakan pada 21 Mei yang lalu. Upacara yang bermula seawal 8.00 pagi itu dihadiri oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan dif-dif kehormat. D.Y.M.M Sultan Selangor berangkat tiba pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan dari Tentera Laut Diraja Malaysia.

DYMM Sultan Selangor menyeru rakyat negeri ini mengamalkan budaya berjimat cermat dan berharap rakyat Selangor dapat menikmati kualiti hidup yang baik. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 .

Comments

Popular posts from this blog

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Saya Anak Merdeka!!!