Sempena Sambutan 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam ucaptamanya telah mengumumkan tujuh dasar baru Kerajaan Negeri yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat di negeri ini.Tujuh dasar itu ialah bekalan air percuma 20 meter padu, program peningkatan hasil daripada bahan batuan dan mineral, tabung anak kelahiran Selangor, hadiah anak masuk universiti, caruman takaful dan perubatan percuma warga emas, pusat khidmat krisis sehenti (OSCC), dan tabung pendidikan anak-anak pekerja ladang.
Pengenalan dasar-dasar berkenaan adalah antara agenda kerajaan negeri Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) selain menitikberatkan ketelusan dan akauntabiliti di dalam pentadbirannya. Justeru, semoga Negeri Selangor terus maju dan rakyat akan terus mendapat keterbelaan yang berterusan.
Comments
diet ker???? :)