Kenaikan harga minyak, rakyat terjerat!
Kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara. Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung. Pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari. Lazimnya, apabila harga bahan bakar naik, kesan kepada kos kehidupan akan melambung dan inflasi meningkat.
Sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan. Negara India yang bukan negara pengeluar minyak hanya menaikkan harga petrol sebanyak 10 peratus hari ini. Kenaikkan harga minyak adalah satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat. Kita dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga RM1.00. Ini satu kenaikan yang tertinggi yang pernah dicatatkan. Semasa pilihan raya umum yang lalu, kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak. Adakah ini satu "hidden agenda" kepada rakyat?
Kenaikan harga petrol dan diesel itu akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi Negara kerana sekiranya kemampuan rakyat untuk membeli menurun, maka negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif. Kita perlu menyeru kepada kerajaan untuk mengehentikan segala bentuk penganjuran mega, festival, bunga api, pesta dan lain-lain yang tak berkepentingan kerana ia bukan sahaja menggunakan wang rakyat tetapi menambah derita pada sesetengah rakyat!
Comments