Dari Jendela 2008

Waktu yang berlalu itu meninggalkan kita, samada kita menggunakannya dengan penuh hemah atau tidak, samada kita suka atau tidak ia tetap berlalu! Sepanjang 2008, saya tempuhi dengan penuh cabaran. Tentang diri, kerjaya, masa depan, keluarga dan persahabatan menjadi satu sinergi!

Syukur pada KHALIK kerana memberi peluang untuk berkhidmat dengan Pembesar Negara, Ahli-Ahli Politik dan Korporat, saya menggunakan peluang yang hampir 2 tahun itu dengan sebaik-baiknya, betapa mahal pengalaman itu!!! Walaupun sayang dan tebalnya rasa cinta dengan kerjaya itu, saya perlu melangkah jauh untuk memperbaiki kualiti hidup, kena mara ke hadapan dan bersiap siaga dengan cabaran-cabaran baru dan saya akan menggunakan peluang yang baru ini dengan penuh hemah dan hikmah. Tidak dinafikan agak payah untuk menyesuaikan diri di tempat baru pada awalnya. Namun saya harus berani melawan rasa kepayahan itu! Hampir 4 bulan berkhidmat di Jabatan Korporat MBSA, saya perlu melestarikan rasa cinta pada kerjaya, penuh iltizam dan bersemangat waja!!!

Sekitar 2008, saya bangkit dari rasa payah yang pernah membelenggu diri, betapa adilnya TUHAN kerana DIA tidak pernah menyalahi janjiNya. Hati pernah sepi seketika, namun saya tidak boleh terus kecewa. Setiap orang ada bahagian masing-masing dan kita tidak boleh menjadi tamak!

Kepada Bonda tercinta, keluarga yang mengerti, teman susah dan senang dan sahabat yang budiman, saya kalungkan rasa perhargaan dan cinta ini untuk kalian di atas sokongan yang berterusan!

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz