Piala Sultan Selangor kembali ke “Merah Kuning”

Malam tadi merupakan kali ke 2 saya bertugas untuk menguruskan hal ehwal protokol dan majlis di Kejohonan Piala Sultan Selangor. Lebih manis apabila tahun ini SELANGOR menjuarai Piala Sultan Selangor 2008 selepas menewaskan Pilihan Singapura 4-3 menerusi sepakan penalti, apa yang penting Selangor berjaya mengekang pelawat daripada mencipta hatrik kejuaraan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor memastikan kejuaraan apabila penjaga gol, Suffian Abdul Rahman menyelamatkan sepakan penalti Shahril Ishak untuk membolehkan Selangor menang 4-3. Terdahulu dalam perlawanan pembuka tirai, Veteran Singapura menewaskan Veteran Selangor 8-7 menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2. Syabas untuk ‘Merah Kuning’!

Comments

Popular posts from this blog

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Saya Anak Merdeka!!!