FITNAH – Siapa yang rugi dan siapa pula yang bertepuk tangan???

Malaysia hari ini diselimuti dengan PERBUATAN fitnah-memfitnah! Ia kejap dan seolah-olah menjadi makanan ruji oleh insan-insan durjana yang hati mereka begitu busuk. Andai dicincang tubuh manusia-manusia itu, anjing kurap pun tidak selera dengan daging hamis dan kotor itu!

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika yang mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya fitnah adalah perbuatan tercela dan dilarang keras. Firman Allah bermaksud: "Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." (Surah al-Baqarah, ayat 191).
"Lantaran terlalu banyak perkara palsu serta pembohongan dalam fitnah itu, pembuat fitnah biasanya “menyembunyikan” dirinya supaya tidak diketahui orang kerana ia tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatannya itu adalah palsu belaka. Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu oleh orang yang menyebarkannya. Sebab itulah kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya adalah sama, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Lazimnya perbuatan memfitnah ini berlaku akibat didorong perasaan tamak, jahat, kegilaan kebendaan, rakus, iri hati, mementing diri sendiri dan pemfitnah itu lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan melebihi kepentingan agama. "

Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan akan berakhir pada masa tertentu, tetapi fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan dalam jangka masa panjang dan rumit untuk disekat. Akhirnya siapa yang rugi??? Dan siapa pula yang bertepuk tangan???

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz