PulaNGkaN!!!

Dalam diri perasaan marah dan sakit hati memang tebal! tido pun terganggu dek kehilangan benda yang kita sayang! kepada si pencuri itu, pulangkan milikku kerna kali ini aku akan jejakki kamu dengan apa cara sekalipun!!! kali ni memang saya x boleh bersabar dengan manusia yang berwatak syaitan, hidup meyusahkan orang lain...

Beberapa bulan yang lalu saya bersabar bila kasut sukan dan kasut kerja hilang di dalam rumah, yang herannya kasut2 yg lain x diusiknya, "anjing" memang licik, dia menghidu dan kebas kasut yang berjenama sahaja! saya x suka menuduh lalu diam sahaja... 3 hari yang lepas, barang makanan saya pula diambilnya, choclate, biskut, sardin, instant mushroom soup turut jadi mangsa "hantu raya"... kali ni saya kenal "hantu raya" tu.. terus dalam benak minda, adakah dia si" anjing"???

Last nite, i went to pharmacy, buy a few things.. then having dinner in sek 3.. at 10p.m memang dah sampai umah.. terkasima bila my luv jacket hilang kat dalam rumah! memang gelabah dan rasa macam bengong sekejap... bukan sebab harga dia RM900.00 lebih tapi itulah satu-satunya jaket pemberian my late fwen sebelum dia meninggal! rasa ralat sangat... huh, nak menangis pun ada... sayang sangat kat jaket tu! ada nilai tentang rasa persahabatan...

Bukan saya tidak boleh menjadi seorang pemaaf! tapi kali ni saya akan buat apa sahaja cara untuk "anjing" itu pulangkan kembali jaket saya! walau apa sahaja cara, cepat atau lambat!!!! biarlah, andai derita yang "anjing" itu dapat, saya berharap Tuhan maafkan saya.... kerna saya bukan berdendam.... cuma saya penuh berharap "anjing" itu pulangkan hak milik saya... PulaNGkaN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum w.b.t
Fahmee,
Sy mendoakan agar teman sentiasa dalam keadaan selamat dan diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi..mungkin sekarang Tuhan sedang menguji kamu..benar jaket itu amat bernilai untukmu teman, namun jgn biarkan kemarahan menguasai dirimu teman kerana ia boleh binasakan dirimu..lebih manis, lebih b'makna kiranya dirimu bertasbih dan bersedekah untuk temanmu di sana tanda kasih seorang teman..Percaya dan yakinlah sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...Yakinlah Tuhan itu Maha Adil dan Saksama..Mungkin selepas ini, kamu lebih berhati2 dan buat sesuatu untuk mencegah dari berulang lagi peristiwa yang berlaku..moga berjaya..

wassalam..

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz