Catatan dari Stadium Shah Alam
Malam tadi sekali lagi saya ke stadium Shah Alam. Malang buat Selangor apabila menamatkan kempen bola sepak Liga Super dengan cara paling menyedihkan apabila dibelasah 3-0 malam tadi, sekali gus menyerahkan gelaran naib juara kepada Negeri Sembilan Naza. Skuad Merah Kuning itu bukan saja gagal menduduki tangga kedua di belakang juara 2007/2008, Kedah, malah jatuh ke tangga keempat selepas dipintas oleh Johor FC, yang menundukkan Terengganu 2-1. Penyerang kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol buat Negeri Sembilan pada minit ke-44 dan 70.Penyerang import dari Nigeria, Udo Fortune melengkapkan sengsara Selangor dengan menambah gol ketiga pasukan pelawat ketika saingan tinggal kira-kira beberapa minit untuk ditamatkan.
Sebagai peminat bola sepak tempatan, saya melihat ramai “pemain senior” seolah-olah malas untuk berjuang dan tahap kecergasan semakin merosot! Kalau terus begitu lebih baik saja beri peluang pada yang betul-betul berbakat dan ingin bermain! Bahang semakin panas apabila ramai di kalangan penyokong Selangor baik yang tua, muda dan kanak-kanak mula menampakkan emosi yang melampau, segala macam kata-kata kesat, nista dan sangat bacul dari A – Z menjadi nyanyian dan mereka “bergurindam” dengan melempar botol mineral dan segala macam sampah. Kadang-kadang terfikir sejenak… inikah akhlak Melayu yang dipupuk???
Comments