Catatan dari Concorde, Shah Alam



Majlis Santapan/Jamuan Makan Malam Sempena Pembukaan Penggal Pertama DUN Selangor Yang ke-12 telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam. D.Y.M.M Sultan Selangor telah berangkat tiba pada jam 8.45 malam.

Majlis pada malam itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan. Pada majlis yang sama, D.Y.M.M Sultan Selangor berkenan untuk menyampaikan hadiah Acara Riadah kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Memanjat syukur pada Khalik yang Esa, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sekali lagi pada malam itu, mata melirik dan meninjau-ninjau.... hati tetanya-tanya... di mana gerangan kelibat Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Proksi Pembankang?

Comments

Popular posts from this blog

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Saya Anak Merdeka!!!