Filem Chowkit yang merimaskan!


 
 
Sinopsis Chow Kit

Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban.

Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.

Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.

Komentar saya!

Sebenarnya saya telah mengikhlaskan hati untuk menjadi penonton yang baik pada filem Chow Kit. Berdasarkan tajuk, kebanyakan warga tau mengenai kawasan yang bernama Chow Kit itu. Teknik perceritaan nya awalnya nampak bagus tetap diolah dengan beberapa hal-hal yang memualkan menyebabkan ia satu filem yang merimaskan Walapun filem ini tidak sehebat Bunohan dan Mualaf tetapi tiadaklah rugi untuk kita menonton.

Filem ini banyak menggunakan bahasa yang sangat jengkel. Ia adalah rosak bahasa. Mungkin ini yang diagung-agungkan penulis skrip?

Beberapa persoalan yang ingin dutujukan kepada penulis skrip yang sedikit dangkal dengan sensitiviti masyarakat. Saya tidak faham kenapa dialek Kelantan digunakan oleh si perogol dan penjenayah dalam cerita itu??? Adakah penulis ingin mengambarkan rakyat Kelantan adalah penjenayah??? Penulis skrip dan pengarah adalah bersikap prejudis!

Dalam filem tersebut juga digambarkan bahawa di Malaysia, jenayah senang dan berleluasa di merata-rata. Memenggal kepala sesedap rasa dan tembak menembak itu antara acuan dari Chow Kit. Bunuh-bunuhan secara beramai-ramai adalah perkara biasa! Penulis seolah telah memberi penghinaan yang besar kepada sistem keselamatan Negara dan menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat!

Tuntasnya filem ini adalah naskah yang biasa sahaja. Tiada pengajaran ditonjolkan sangat! Dek oleh beberapa hal yang menjengkelkan, filem ini adalah satu yang merimaskan. Bagi saya. C- adalah cukup baik bagi filem Chow Kit!

Comments

Popular posts from this blog

Hoore Hoore sebuah filem muzikal yang bagus!!

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang "awesome"

Santai di Konsert Jason Mraz