Dari tirai Ramadhan...
Ramadhan datang lagi... terima kasih Allah kerana memberi kesempatan padaku untuk bertemu dengan bulan yang penuh kemulian. Terasa diri ini sangat kerdil.. sungguh kecil. Aku bersimpuh kepadamu agar aku dapat melalui Ramadhan ini dengan sebaiknya. Perkayakanlah nikmatmu kepada aku dan seluruh umat Islam.
Hati berlapang dada kerana hari pertama Ramadhan dapat dilalui bersama-sama dengan bonda tercinta. Walaupun bonda uzur, faktor diri dimamah alam, sedang pula menanggung ujian Tuhan dengan kesakitan yang membelenggu.. namun wajah tua bonda masih mampu mengukir senyum. Adanya bonda, saya makan dengan selera!
Memanfaatkan cuti hampir seminggu di desa rasa amat mendamaikan. Kadang-kadang terkenang dengan masa lalu yang jauh ditinggalkan. Keadaan juga turut berubah. Cuma menjadi sedikit jengkel apabila harga makanan di sini agak mahal berbanding di Shah Alam sendiri..sesetengahnya, Shah Alam jauh lebih murah.. pada hemat saya, segelintir peniaga turut mengambil kesempatan.
Saya harus kembali ke Shah Alam..jumpa lagi di desa tercinta pada 18 Ogos nanti.. saya bermohon agar Allah terus menurunkan rahmat ke atas kita semua!
Comments